Aleacorp

Monday, April 13, 2009

Sedutan dari Team Alam Jin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Apa khabar Amirul... Seronok rasanya dapat bersua
lagi dgn Amirul melalui e-mel hari ini.

Untuk pengetahuan Amirul, masih ramai lagi yang
tidak tahu asal usul Jin. Sedar atau tidak kadangkala
kehidupan kita dikelilingi oleh makhluk yang bernama JIN.
Disini saya akan huraikan serba sedikiit mengenai asal usul
JIN serta alam kehidupan Jin kepada Amirul:


1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil.
Dicipta dari api(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun
lamanya.

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tuduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
melaknat dan perintah mereka turun ke bumi. Untuk pengetahuan
Amirul Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam
(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun
kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu
dilarang mengunakan kemeyan kerana Jin paling suka dengan
asap yang busuk. Makanannya juga tulang. Itu sebab kita
tidak boleh membuang kuku sebarangan, kerana jin akan
memakannya.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (sebab tu ramai orang
terjun bangunan tinggi sebab bunuh diri akibat rasukan jin
jugak), tandas dan kubur.

6) Dinasihatkan apabila ingin buang air diperjalanan
(contohnya jalanraya),perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman."
Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman.
Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk,
Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat
datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin:-)

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada
dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong.."
Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina
istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak
perasan dan tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya
dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja dihadapan-nya.
Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut
reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah
tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Amirul cukulah kali ini kita berkomunikasi melalui
newsletter ini. Izinkan saya beransur dahulu untuk menulis
lagi tentang sesuatu maklumat serta info yg berharga
mengenai alam jin untuk Amirul.


Jika ada rezeki, insyaAllah kita akan berjumpa lagi dan
nantikanlah sambungan siri ke 2 mengenai "Mengenali alam Jin"
dari saya mulai 3 hari dari sekarang!


Selamat Dari Kami....


Salam keceriaan dan selamat maju jaya untuk Amirul.


Ikhlas dari,

TEAM AlamJin.com
e-mel: admin@alamjin.com
http://www.alamjin.com
Membongkar Misteri Alam Ghaib..

No comments:

Post a Comment