PERLANTIKAN SALLEH, IBARAT SIRIH PULANG KE GAGANG?
Written by Admin SABAHKINI.NET
Saturday, 25 April 2009 11:24
PERLANTIKAN Mantan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said Keruak sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah oleh Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak disifatkan sebagai 'Sirih Pulang Ke Gagang'.
Ketua Cawangan UMNO Sri Perdana, Bahagian Silam, Sulaiman Atok menyifatkan demikian kerana Salleh pernah memegang jawatan berkenaan dan perlantikan tersebut akan mengukuhkan UMNO Sabah kerana Salleh merupakan regu terbaik Datuk Seri Musa Aman.
Gandingan antara Musa dan Salleh akan memberi kekuatan kepada UMNO untuk mempertahankan kubu kuat UMNO di Sabah pada pilihanraya umum akan datang dan kita menyokong perlantikan mereka oleh Presiden UMNO," ujar Sulaiman yang sebelum ini adalah Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS).
Kata Sulaiman, sebagai pemimpin yang mewakili etnik majoriti, iaitu Bajau, Salleh yang memimpin USBO telah menunjukkan semangat setiakawan dan meletakkan kepentingan UMNO mengatasi kepentingan diri dan etnik yang diwakilinya.
"Walau digugurkan sebagai sebagai calon pada pilihanraya umum 2008, namun Salleh tidak menyimpan sebarang dendam, sebaliknya telah menunjukkan kesungguhan memasyarakatkan UMNO dan memenangi kembali jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud," ujar Sulaiman yang tertarik dengan prinsip perjuangan Salleh yang menjadi salah satu sebab beliau meninggalkan PBS untuk bersatu di dalam UMNO.
Dengan kembalinya Salleh di dalam Badan Perhubungan UMNO Sabah dan pengekalan Musa sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Sulaiman yakin mereka akan berjaya menarik sokongan masyarakat Bajau dan etnik lain yang telah menyertai parti pembangkang menjelang pilihanraya lalu.

Dalam pada itu, Salleh ketika dihubungi Sabahkini.net menyifatkan perlantikan tersebut merupakan satu amanah yang perlu ditunaikannya, terutama dalam membantu memperkukuhkan Umno di negeri ini yang disifatkan oleh Najib sebagai "simpanan tetap" (fixed deposit) bagi Barisan Nasional (BN)."Saya berjanji untuk memberikan kerjasama penuh kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah sekarang, Datuk Seri Musa Aman. Sabah merupakan kubu kuat Umno dan BN...keadaan ini perlu dipertahankan," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud ketika diminta mengulas mengenai pelantikannya itu.Salleh yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Politik dari Universiti Simon Fraser, Canada dan Ijazah Master Sains dalam bidang Politik dan Kerajaan dari Universiti Putra Malaysia pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kota Belud, Sabah.
Salleh amat berpengalaman kerana pernah menjadi Ketua Menteri Sabah, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Menteri Kewangan Sabah dan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan Sabah.
Sebelum ini, Salleh pernah memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, Ahli Parlimen Kota Belud dan Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan.
Beliau berkahwin dengan Datin Seri Hajjah Raya Erom dan mempunyai empat orang anak iaitu Mohd Syarulnizam, Syazeera, Mohd Hafeez dan Syeera.
Last Updated on Saturday, 25 April 2009 11:29 - Sabahkini.net
No comments:
Post a Comment