Aleacorp

Friday, April 17, 2009

Santapan Rohani

RENCANA
Agar tidak mudah ditundukkan syaitan
Sabar amat penting

Oleh
PROF. DR. HARON DIN
Klinik Darussyifa', Bangi.


KESABARAN adalah antara sikap paling penting bagi manusia sekiranya mereka ingin menjadi orang yang disegani oleh kawan dan lawan. Kesabaran adalah asas yang penting ke arah membentuk perilaku dan sifat yang mendapat keredaan Allah.

Sekiranya manusia tidak dapat menahan sabar, yakni menyerahkan dirinya pada nafsu kemarahan, mereka akan menjadi golongan yang mudah ditun­dukkan oleh hasutan syaitan.

Kemarahan adalah api yang tidak sahaja membakar orang lain tetapi sekiranya salah perhitungan, api akan membakar diri sendiri.


Kesabaran sewajarnya dilihat dalam perspektif yang jeas. Selain fungsinya sebagai alat pemantap keterampilan diri, kesabaran juga memainkan peranan ke arah menghasilkan satu kelegaan emosi kepada manu­sia Apabila berhadapan dengan tekanan dan dugaan.

Tanpa kesabaran, manusia akan mudah dibendung oleh perasaan dendam, tersinggung, dengki dan egois­tik.

Paling penting, kesabaran adalah cermin peribadi yang menjadi tali pengukur sejauh mana ketinggian moral seseorang itu. Kesabaran juga menjadi sebaha­gian daripada gambaran keimanan.

Bagaimana penilaian masyarakat terhadap manusia yang mudah panas baran? Tentunya perlakuan kurang sopan itu dilihat sebagai sebahagian daripada gam­baran rendahnya harga diri seseorang itu. Dalam sehuah hadis. Rasulullah pernah menyebut yang "Sabar itu sebahagian daripada Iman "

Sukalah dijelaskan secara lebih terbuka mengenai kepentingan sabar sebagai benteng ke arah mem­perkuatkan daya saing. nilai diri dan kreativiti seo­rang manusia.

Kesabaran bersikap pendorong dan bagi mereka vang lebih cenderung memilih untuk bersabar, perih­adi dalam konteks kejiwaan dan intelektual akan lebih mudah berkembang.

Kemarahan adalah racun yang vang tidak sahaja menbunuh emosi manusia tetapi ia mempengaruhi perkembangan dan kemajuan manusia dalam soal keagamaan, kerjaya dan pergaulan.

Pelbagai fenomena yang merombak arus kehidupan manusia dalam zaman sains dan teknologi serta perlumbaan terbuka dalam pelbagai bidang memerlukan manusia sentiasa merujuk nilai kesabaran dalam dirinya. Kesabaran dalam kehidupan sekarang bukan setakat perwatakan tetapi merupakan satu nilai hidup yang memberi pengaruh secara langsung ke arah pem­bentukan tamadun sesuatu masyarakat.

Islam sudah lama menekankan perkara ini sejak bermulanya sejarahnya di zaman Rasulullah. Bagaimanapun, di kalangan umat Islam hari ini, perubahan arca kehidupan dan sistem sosial membu­atkan sebahagian besar daripada mereka terlupa akan hakikat tersebut.

Kita renungkan saja watak manusia di jalan raga hari ini. Semua pengguna mahu sampai cepat ke desti­nasi kerana urusan peribadi. Keghairahan ini membu­atkan mereka membelakangkan kepentingan orang lain. Apabila ukuran diri diutamakan dan berlaku halangan dalam usaha untuk merealisasikannya maka berlakulah kemarahan.

Nilai kemuliaan

Apabila marah, nilai kemuliaan yang menjadi asas dalam perhubungan sesama manusia mulai luntur dan akhirnya musnah.

Di tempat kerja, fenomena depresi berlaku bukan semata-mata kerana faktor kerja tetapi ada kalanya terjadi kerana kelemahan manusia menguasai diri dan fikirannya sendiri.

Apabila wujud pertentangan antara kepentingan atau keinginan diri dengan persekitaran, manusia akan memberontak sama ada secara terbuka atau dalaman.

Apabila kemarahan dalaman tidak dapat dikuasai, maka berlakulah tekanan.

Institusi kekeluargaan juga turut teruji. Kesabaran menjadi tembok ke arah pengukuhan hubungan kekeluargaan manakala kemarahan menjadi pemus­nah yang bakal meruntuhkan segala kebahagiaan yang terbina.

Suami isteri harus mengerti persoalan ini kerana banyak kes perceraian berlaku kerana pasangan ­pasangan terbabit membiarkan diri mereka dikuasai oleh rasa marah.

Keadaan hubungan rumah tangga menjadi lebih kri­tikal dalam konteks mesa kini di mana suami dan isteri bekerja.

Depresi yang wujud di kedua-dua belah pihak akibat tekanan pekerjaan akan membuatkan suasana di rumah terdedah pada bahaya.

Sabar adalah sifat yang wajar di asuh sejak individu berada dalam institusi yang kecil lagi iaitu dirumah_

Melatih diri untuk mendapat sikap yang sabar banyak ditegaskan dalam al-Quran. Banyak petunjuk yang memberikan pengajaran untuk mengamalkan bacaan ayat ayat tertentu untuk tujuan mendapatkan kesabaran.

Sebelurn itu saya turunkan petikan sbuah syair Arab yang terkenal:-

“Saasbiru hatta yakjizu assobra ansobri wasaasbiru hatta yaklamus soor in na ni sobiru”
Maksudnya: Saya akan berlatih sabar hingga kesabaran itu sendiri kalah kepada saya. Dan saya akan bersabar sehingga sabar itu sendiri mengaku bahawa saya lebih sabar daripadanya."

Justeru kerana kesabaran itu penting, maka Allah menurunkan satu ayat yang khusus kepada manusia untuk berdoa memohon.

Ayat tersebut ialah ayat 250 surah al-Baqarah. Bermula daripada robanna berakhir dengan al kafirun.

Ayat itu bermaksud:

"Ya Allah, ya Tuhan kami. limpahkanlah dalam diri kami kesabaran dan keku­atan dan tetapkanlah pendirian kami (dengan sabar) dan berilah pertolongan-Mu ke atas kami untuk meng­hadapi kaum yang ingkar."

Ayat tersebut hendaklah diamalkan dalam bentuk doa dan pohonlah dengan perasaan yang merayu pada Allah agar dikurmakan kesabaran.

Sebaiknya juga, hendaklah diamalkan berwuduk setiap kali terasa diri sedang marah. Kaedah ini berke­san untuk meredakan tekanan kemarahan yang mungkin membawa kepada tindak balas yang agresif.

Sesudah berwuduk, eloklah menunaikan sem­bahyang sunat dua atau empat atau enam rakaat. Bersembahyang hingga hati kembali tenang dan perasaan marah itu hilang.

Dengan amalan itu, insya-Allah, diri akan beroleh kesabaran.

® v ®


SOALAN:
Benarkah bacaan Yasin amat berkesan untuk merawat sakit lumpuh? Harap, dapat diterangkan kaedah yang sebenarnya untuk mengamalkan bacaan Yasin bagi tujuan tersebut. — IMRAN AU AHMAD, Bangsar, Kuala Lumpur.

JAWAPAN:
Rawatan melalui kaedah bacaan Yasin adalah antara. ikhtiar yang baik untuk mengubat pesakit lumpuh. la hendaklah diialankan melalui seorang perawat.

Caranya ialah perawat hendaklah berpuasa sunat selama tiga hari. Dalam masa berpuasa itu dia hendaklah berzikir sebanyak 9,999 kali.

Perawat juga mesti bersembahyang sunat sebanyak 24 rakaat. Lakukan dua rakaat dalam satu salam di waktu pagi dan petang.

Buat air Yasin. Seelok-eloknya dibaca sebanyak 40 kali. Uang sebanyak 24 kali ketika tiba pada ayat yang ke-24 pada setiap bacaan tersebut.

Air Yasin hendaklah diberikan kepada pesakit untuk diminum dan digunakan ketika mengurut.

MINGGUAN MALAYSIA AHAD 3 SEPTEMBER 1995

Perhatian:
Semakin tinggi keyakinan dan amalan seseorang dengan bacaan tersebut (al-Quran) maka semakin berkesan rawatannya.

No comments:

Post a Comment