Aleacorp

Tuesday, April 14, 2009

Berita dari W.P.Labuan

Bekas MP Labuan hadapi tuduhan baru hari ini

KOTA KINABALU: Sehari selepas menghadapi tuduhan menipu seorang pengurus bank, bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan memberi maklumat palsu dalam satu akuan bersumpah pada 1995.

Suhaili, 48, yang juga Ketua Umno Bahagian Labuan, dituduh membuat kenyataan palsu itu kepada Mohd Naser Mohd Noor, seorang Jaksa Pendamai, berhubung pendaftaran Syarikat Saraequity Sdn Bhd pada 3 Ogos 1995.

Tuduhan adalah mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun serta rotan dan denda.

Majistret Noor Hafizah Mohd Salim membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen yang akan mendengar kes penipuan terhadap Suhaili dari 8 Februari hingga 12 Februari tahun depan.

Suhaili, yang diwakili peguam Rakhbir Singh, tidak dibenarkan diikat jamin.

Semalam, dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan menipu sebuah bank dengan menggunakan kad pengenalan orang lain untuk menjadi penjamin bagi satu pinjaman RM160,000.

Tahun lepas, isteri beliau meninggal dunia akibat komplikasi daripada satu pembedahan menyedut lemak. BERNAMA

No comments:

Post a Comment