Aleacorp

Tuesday, April 14, 2009

Sedutan dari Majalah Mastika

Dr. Syafei jengah alam ghaib

Dr. Hj M.N. Syafei: Sebetulnya saya bukan main main. Ya! Saya bisa melihat sesuatu yg tidak bisa dilihat org lain. Saya juga boleh meramal penyakit sekali gus mengubatinya. Misalnya saya bisa tahu di tapak kaki kiri anda ada bekas luka!

Pesakit Pesakit mengangguk dan tersenyum)

Betul!!! Betul!!! Masa saya nak tangkap ayam tapi terlanggar zink (lelaki itu ketawa)

Dr. Hj M.N. Syafei: Saya boleh lihat tahi lalat di dada anda. Sya bukan serkap jarang tetapi saya tahu itu tahi lalat memang ada, betul atau tidak?

Pesakit: Kahhh!! Kahh!! Betul! (Pesakit lelaki itu ketawa lebih kuatI

Dr. Hj M.N. Syafei: Sebetulnya saya juga tahu di belakang bahu kiri ada tanda lahir tompok warna coklat. Tak perlu buka baju!

Pesakit: Ya! (Pesakit ketawa kecil geli hati)

Dr. Hj M.N. Syafei: Ini Cuma nasihat. Saudara ini kuat berdengkur! Awas! Berdengkur itu ada bahayanya

Pesakit: (Pesakit agak terkejut tapi ketawa besar) Kahhh!! Kahhh! Kahhh! Betul. (Pesakit menggaru garu kepala)

Dr. Hj M.N. Syafei: Memang saya memiliki kebolehan pandang tembus. Misalnya saya bukan saja boleh nampak sekecil kecil tahi lalat yg tersembunyi di badan saudara tapi saya juga boleh nampak makhluk lain, misalnya hantu hantu di sekeliling saudara. Anda nak tahu. … biar saya ceritakan!!

Ketika berusia sembilan tahun saya dihantui masalah boleh melihat alam ghaib dan penghuninya sekali gus.. Hari hari yg saya lalui sangat menakutkan.

:Ada hantu bu!!!!! Hantu!!!!! Kata saya terjertit jerit. Waktu itu saya melihat satu lembaga besar menyerupai manusia sedang berdiri disebalik pintu berkunci.

“Mana ada hantu!” kata ibu. Rambutnya panjang. Muka lonjong. Rambut sampai ke tumit!” kata saya lagi meggigil gigil ketakutan.

Ibu semakin cemas apabila saya ceritakan secara terperinci apa yang saya lihat. Makhluk itu menyerupai wajah manusia, kulitnya sangat putih tetapi berwajah wajah pucat dan baunya, masyaALLAH …busuk.

Kehidupan saya tidak lagi normal. Saya sering ketakutan apabila melihat makhluk makhluk aneh berkeliaran di sekeliling, di rumah, di bilik tidur, di jalan raya, bahkan dimana saja. Kadangkala saya terpaksa menekup muka apabila ternampak sesuatu makhluk terkedek kedek menyebrangi jalan. Ada yg membawa anak kecil, kanak kanak, orang tua termasuk lelaki dan wanita.

Memang makhluk terbabit tidak pernah menggangu saya. Pernah juga saya bertembung dengan suatu makhluk pada waktu sendirian di tengah malam. Hairannya, ia Cuma melamai lambai ke arah saya. Tapi tubuh saya menggigil tidak berhenti henti.

Adakalanya menyeronokkan juga. Maklumlah saya boleh nampak segala galanya tanpa ada sebarang halangan. Kerana kelebihan itu juga saya selalu menang semasa bermain guli bersama kawan kawan sebaya. Saya dapat meneka dengan mudah berapa biji guli yg terdapat dalam genggaman rakan. Kawan kawan saya hairan bagaimana saya boleh tahu dengan tepat jumlah guli tersebut.

Selain itu saya juga adakalanya seronok. Maklumlah pandangan saya boleh menembusi kedalam pakaian seseorang. Apabila melihat orang lalu lalang saya melihat mereka tanpa memakai seurat benang. Dimana mana saya nampak seolah olah semua orang berbogel. Apabila berselisih dengan gadis saya beritahu ibu hal itu, apa lagi ….. lantats saya dimarahi.

“Mana mungkin ada orang berjalan tidak ber baju. Kalau ada itu orang gila!” kata ibu.

“Betul bu! Saya lihat perempuan itu berbogel,” kata saya lagi mempertahankan diri.

Akhirnya saya mendapat hobi baru mengintai pasangan. Saya dapat melihat apa saja yg mereka lakukan dalam bilik dari A sampai Z. Kegiatan itu akhirnya terhenti apabila saya meningkat remaja. Setelah dewasa saya tidak lagi berbuat begitu. Bukan saya riak atau takbur tapi kalau saya melihat juga benda benda haram saya rasa berdosa. Adakalnya badan saya terasa sakit sakit. Kalau mahu memang boleh tengok saja aurat wanita yg saya mahu, tapi buat apa lakukan kerja yg tidak diredhai ALLAH s.w.t.

Sebagai seorang ayah kepada dua orang anak dan suami kepada Drs. Dewi Wibowo, saya tidak sanggup melakukan perbuatan terkutuk yg menyalahi agama kita. Sampai sekarang, walaupun telah berusia 48 tahun, saya dapat melihat sesuatu yg tidak dapat dilihat orang lain. Saya bersyukur! Ini anugerah ALLAH …. Saya akan menjaga sebaik mungkin.

Kerana kebolehan itu, pernah selama tiga tahun saya susah tidur. Selama itulah saya tidak merasai nikmat tidur. Segala galanya berpunca drpd rasa ketakutan yg amat sangat. Saya rasa kehidupan saya diganggu. Ada ada saja yg saya nampak! Sesekali apabila melintas pekuburan saya melihat banyak makhluk di sana. Kesemua mereka berwajah pucat dan berbau busuk. Apabila ternampak saya, makhluk itu lari lintang pukang. Ada yg terkencing dan terberak. Saya pun takut juga.!

Sewaktu menziarahi saudara mara yg sedang nazak saya jadi amat takut apabila melihat makhluk yg sangat besar sedang membayangi pesakit yg sedang bergelut dengan sakratulmaut. Apabila pesakit itu meninggal dunia, lembaga itu terus ghaib. Saya tidak mahu menggatakan itu syaitan ataupun malaikat, nanti saya akan disalah anggap.

Ibu pelahan lahan simpati dengan apa yg saya alami, walaupun agak lama untuk dia mempercayai apa yg saya katakan. Hanya setelah melihat keadaan saya yg resah dan tak boleh tidur, ibu membawa saya ke kelinik. Doktor kata tak ada apa apa penyakit yg saya alami. Sudah berpuluh puluh dukun dan pawang saya temui tapi gagal disembuhkan. Keluarga puas membawa saya berubat ke sana ke mari tapi saya tidak juga sembuh. Saya kemudian di bawa bejumpa Mbah Noor, 90, pengamal perubatan tradisional di Pati, Jawa Tengah. Selepas menjani rawatan, Mgah membirtahu ibu: “ Anak ini tiada apa apa penyakitnya. Ajarkan dia sembahyang, suruh dia berdoa dan berwirid, insyALLAH mudah tidur!’.

Malam itu selepas solat Isyak, saya hberdoa seperti diajarkan: “Ya ALLAH, jika selama ini saya tidur sedetik cuma kerana takut, perkenankan doa saya biarlah saya tidur seperti biasa, Ya ALLAH!”

Lepas berdoa saya berbaring cuba cuba untuk tidur. Benarlah … sepanjanag malam itu memang saya tidur nyenyak sehingga terlewat solat subuh. Malam itu saya bermimpi mendengar suara seseorang membaca ayat Kursi sebanyak 41 kali. Saya pasti kerana saya mengiranya satu, satu! Pelik juga esuk paginya, sebaik bangun saya hafal surah tersebut. Mulai hari itu, walaupun baru menjengah usia 13, saya dapat membaca beberapa surah al-Quran.

Saya seorang doktor yg terdidik dalam bidang perubatan moden namun saya jug mampu mengubati pelbagai penyakit misteri yg berkaitan jin dan syaitan. Saya bersyukur kepada ALLAH kerana dianugerahi kebolehan melihat makhluk di alam ghaib, sesuatu yg tidak ada pada orang lain.

Ini menambahkan lagi keimanan saya dan sesungguhnya ALLAH berkuasa melakukan segala galanya.

Oleh Sahidan Jaafar

Foto: Zul Azhar Sheblee

Mastika September 2002


Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat tuan Dr. boleh berhubung dengan saya untuk sesi temujanji.

No comments:

Post a Comment