MESTI DI BACA! Pengumuman Penting!
21hb April 2009 (Selasa)
Syarikat ingin memaklumkan kepada kesemua Leader leader dan juga ahli-ahli Ads4Bucks yang di hormati tentang beberapa perkara di bawah berkuatkuasa hari ini 21hb April 2009 (serta merta) :
1) Setiap ahli adalah di larang untuk melakukan sebarang aktiviti lain yang berupa perniagaan berangkai atau jaringan yang seumpama nya di dalam atau di kawasan berhampiran premis Ibu Pejabat Ads4Bucks atau di mana-mana pejabat e-centre Ads4Bucks di seluruh Malaysia.
2 ) Demi untuk mengelakkan konflik, ahli yang berdaftar dengan Ads4Bucks tidak boleh berdaftar atau membuat penerangan tentang perniagaan jaringan yang lain selain dari Ads4Bucks atau yang seumapamanya.
3) Sekiranya anda telah berdaftar di bawah seseorang Leader atau di bawah mana-mana ahli di Ads4Bucks maka anda tidak di benarkan untuk mendaftar lagi di bawah rangkaian lain. Bermula hari ini, sekiranya anda melanggar peraturan ini maka kesemua akaun anda yang terkemudian akan di batalkan serta merta tanpa sebarang notis. Sebarang rundingan tidak akan di layan sama sekali.
4) Akaun yang tiada melalukan penajaan untuk sekurang-kurangnya 3 akaun dalam tempoh 3 bulan berturut-turut adalah di anggap tidak aktif dan akaun anda akan di bekukan serta merta. Untuk di buka semula maka Penalti akan di kenakan.
Untuk kenyataan nombor 1 dan 2 di atas, sekiranya anda di dapati melakukan perkara tersebut atau terdapat aduan dan di selidik oleh Pihak Pengurusan serta sahih kesalahan maka kesemua akaun milik anda akan di tamatkan serta merta dan segala rundingan tidak akan di layan sama sekali .
Alasan dengan menyatakan bahawa anda tidak tahu atau tidak maklum tentang pengumuman ini tidak akan di terima sama sekali.
Pihak Pengurusan terpaksa bertegas di dalam memantau kes-kes sebegini bagi menjaga prestasi serta imej syarikat di mana Ads4Bucks amat serius dan berdaya maju bagi memastikan syarikat terus berkembang dengan pesatnya dan memastikan visi dan misi yang telah di impikan akan terlaksana.
Harap Maklum!
Pengarah Urusan
Berita dari Ads4bucks.com
No comments:
Post a Comment