Aleacorp

Sunday, April 19, 2009

Berita dari KDN



SEMAKAN STATUS PERJALANAN INDIVIDU.

Sebagaimana yang saudara semua mungkin maklum, saya bertugas di Jabatan Imigresen Malaysia Sabah, di LTAKK Terminal 2, sewaktu bertugas kami sering berhadapan dengan situasi dimana penumpang yang hendak ke luar negara tidak dapat meneruskan perjalanannya kerana mempunyai masalah dengan status perjalanan mereka. Sebahagian besar mengetahui tentang status mereka dan malangnya ada sebahagian kecil tidak mengetahui tentang status mereka yang sebenar. Jadi apabila berhadapan dengan situasi ini, mereka kadang - kadang menyalahkan pihak Imgresen kerana menghalang pejalanan mereka. Di ruangan ini saya cuba untuk menerangkan seringkas mungkin keadaan yang sebenar.

Penumpang warga Malaysia yang ingin keluar negara adalah dinasihatkan supaya menyemak status perjalanan mereka sebelum membeli tiket ke destinasi luar negara. Ini kerana ada perkara - perkara tertentu yang boleh menyebabkan kita terhalang dari membuat perjalanan tersebut. Antaranya ialah apabila kita menghadapi masalah dengan jabatan tertentu yang kita sendiri tidak menyedari telah disenarai hitam dalam sistem Imigresen dan akibatnya kita tidak dapat membuat perjalanan ke luar negara. Sebagai contoh, kita pernah menjadi penjamin kepada saudara, kawan atau kita sendiri membuat pinjaman dengan mana - mana institusi kewangan. Apabila pinjaman tersebut menghadapi masalah, intitusi berkenaan akan membuat beberapa tindakan yang akan sampai kepada jabatan tertentu dan melanjutkan hal berkenaan ke Jabatan Imigresen untuk menyenarai hitamkan individu tersebut dalam sistem keselamatan Imigresen.

Terdapat pula situasi dimana penumpang sudah mengetahui keadaan berkenaan tetapi tidak mahu merujuk kepada Jabatan Imigresen tentang hal berkenaan. Ada pula yang telah menyelesaikan hutang dan mendapat perlepasan dari tanggungan dari Jabatan Insolvensi misalnya, tetapi tidak memaklumkan hal berkenaan kepada pejabat Imigresen yang terdekat, turut menghadapi masalah apabila hadir di pintu keluar. Mereka menyangka dengan hanya berpandu surat berkenaan mereka sudah boleh membuat perjalanan ke luar negara. Mereka menyalahkan kerajaan kerana beranggapan perkara tersebut akan selesai dengan sendirinya apabila mendapat surat berkenaan. Perkara yang sepatutnya dilakukan ialah, setelah mendapat surat berkenaan, beliau perlu ke pejabat imigresen berdekatan untuk menghantar sesalinan surat berkenaan dan disampaikan ke bahgian keselamatan Jabatan Imigresen untuk mengeluarkan nama beliau dari senarai. Peringatan juga kepada piminjan PTPTN, sila semak status anda sekarang sebelum membuat rancangan ke luar negara.

Dalam situasi lain juga, sekiranya kita ada masalah di mahkamah juga, kita juga berkemungkinan akan disekat dari membuat perjalanan keluar negara.

Jadi, untuk membantu dalam rancangan anda ke luar negara, pastikan ada menyemak status anda dan ahli rombongan anda supaya tidak menghadapi masalah ketika hendak berlepas. Saudara boleh menyemak dengan pergi ke link berikut:
http://www.imi.gov.my/semak.aspx atau
http://www.imi.gov.my/bm/im_Page1.asp.

Selain itu juga anda boleh menyemak status anda dengan menghantar sms seperti berikut:
Taip REQSSP dan diikuti no mykad anda dan hantar ke 0192772497.


Contoh: REQSS111111111111(Tanpa tanda sengkang).

Sila email saya: minda_jaya786@hotmail.com

1 comment:

  1. hi bor, how to check REQIKAD, those ph number doesn't work. please help me.

    regards,

    ReplyDelete