Aleacorp

Sunday, May 3, 2009

Berita dari Sabah


TAHNIAH DATO' SERI MOHD SALLEH TUN SAID.

3 Mei 2009. Amirul


Saya secara peribadi mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri atas perlantikan sebagai Timb.Pengerusi UMNO Perhubungan Negeri Sabah oleh YAB Dato' Sri Presiden Parti tempohari yang lalu. Sesungguhnya perlatikan ini memang tepat dan kena pada masanya ketika UMNO ingin menyususn semula kekuatan UMNO seluruh negara termasuk Sabah. Kita percaya dengan azam dan pengalaman yang ada pada Dato' Seri selama menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah dan mantan Ketua Menteri Sabah dibawah sistem penggiliran dahulu boleh membantu usaha itu. Kembalinya beliau dalam kepimpinan UMNO di Sabah merupakan satu bonus bagi saya dalam mengukuhkan UMNO Sabah dan Barisan Nasional. Kita memerlukan pemimpin yang berkebolehan dalam mentdabir negeri dan bukan hanya pandai bermain politik sahaja. Ini adalah masanya kita semua memikirkan cara bagaimana membantu rakyat menghadapi masalah kegawatan ekonomi seluruh dunia hari ini. Kurangkan politiking lebih banyak bekerja. Banyak agenda pembangunan yang dibawa oleh Dato Salleh ketika menjadi Ketua Menteri. Saya percaya gandingan mantap ini antara Ketua Menteri Datuk Seri Musa dan Dato Salleh dapat memakmurkan lagi negeri dan mengukuhkan UMNO Sabah dan Barisan Nasional. Sekali lagi saya ucapkan Tahniah!

Saturday, April 25, 2009

BERITA DARI SABAH

Salleh: I'll help strengthen Umno in Sabah
Published on: Saturday, April 25, 2009

Kota Kinabalu: Former Sabah Chief Minister Datuk Seri Salleh Said Keruak said he was grateful to Umno President Datuk Seri Najib Tun Razak for appointing him as the new deputy chairman of the party's liaison committee for the state.
He said the appointment was a trust that he should honour particularly in strengthening Umno in the state which Najib described as a "fixed deposit" for Barisan Nasional (BN).
"I promise to give full cooperation to the present Sabah Umno liaison chairman Datuk Seri Musa Aman.
"Sabah is stronghold for Umno and BN... this situation needs to be retained," said the Kota Belud Umno chief when asked to comment about his appointment.
The new list of Umno office-bearers and state liaison chiefs announced by Najib Friday also saw Musa retaining the post of Sabah liaison chairman while his former deputy, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, was made the new Kedah Umno liaison chairman.- Bernama

ads4bucks.com di Sabah

Ads4bucks @ Kota Kinabalu;
Pada 10hb Mei 2009
April 22nd, 2009 Posted in Aktiviti Ads4Bucks

Tarikh : 10hb Mei 2009 (Ahad)
Masa : 2:00 petangTempat :
Ruby Inn, Kota Kinabalu (bersebelahan Wisma Dang Bandang)
Alamat : No:1, Lot 17, Block 36, Jalan Laimin Diki, Kg. Air, 88820 Kota Kinabalu, Sabah.
Product Centre :En. Amirul Bin Salamat 012 836 9005

Kepada semua warga Kota Kinabalu, anda dijemput hadir bagi mendengar taklimat perniagaan Ads4bucks.com di Kota Kinabalu pada masa dan tarikh di atas.
Dato' Azizul Khamis dan beberapa rakan artis tanahair akan berada di majlis tersebut. Dengarlah kejayaan mereka dalam ads4bucks ini...
Maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan saya. Satu majlis makan malam dan karaoke bersama artis tersebut juga akan diadakan pada sebelah malam. Daftar sekarang!!!
Terhad kepada 20 peserta sahaja.

Friday, April 24, 2009

BERITA DARI SABAH



PERLANTIKAN SALLEH, IBARAT SIRIH PULANG KE GAGANG?

Written by Admin SABAHKINI.NET
Saturday, 25 April 2009 11:24

PERLANTIKAN Mantan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said Keruak sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah oleh Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak disifatkan sebagai 'Sirih Pulang Ke Gagang'.
Ketua Cawangan UMNO Sri Perdana, Bahagian Silam, Sulaiman Atok menyifatkan demikian kerana Salleh pernah memegang jawatan berkenaan dan perlantikan tersebut akan mengukuhkan UMNO Sabah kerana Salleh merupakan regu terbaik Datuk Seri Musa Aman.


Gandingan antara Musa dan Salleh akan memberi kekuatan kepada UMNO untuk mempertahankan kubu kuat UMNO di Sabah pada pilihanraya umum akan datang dan kita menyokong perlantikan mereka oleh Presiden UMNO," ujar Sulaiman yang sebelum ini adalah Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS).
Kata Sulaiman, sebagai pemimpin yang mewakili etnik majoriti, iaitu Bajau, Salleh yang memimpin USBO telah menunjukkan semangat setiakawan dan meletakkan kepentingan UMNO mengatasi kepentingan diri dan etnik yang diwakilinya.
"Walau digugurkan sebagai sebagai calon pada pilihanraya umum 2008, namun Salleh tidak menyimpan sebarang dendam, sebaliknya telah menunjukkan kesungguhan memasyarakatkan UMNO dan memenangi kembali jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud," ujar Sulaiman yang tertarik dengan prinsip perjuangan Salleh yang menjadi salah satu sebab beliau meninggalkan PBS untuk bersatu di dalam UMNO.
Dengan kembalinya Salleh di dalam Badan Perhubungan UMNO Sabah dan pengekalan Musa sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Sulaiman yakin mereka akan berjaya menarik sokongan masyarakat Bajau dan etnik lain yang telah menyertai parti pembangkang menjelang pilihanraya lalu.


Dalam pada itu, Salleh ketika dihubungi Sabahkini.net menyifatkan perlantikan tersebut merupakan satu amanah yang perlu ditunaikannya, terutama dalam membantu memperkukuhkan Umno di negeri ini yang disifatkan oleh Najib sebagai "simpanan tetap" (fixed deposit) bagi Barisan Nasional (BN)."Saya berjanji untuk memberikan kerjasama penuh kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah sekarang, Datuk Seri Musa Aman. Sabah merupakan kubu kuat Umno dan BN...keadaan ini perlu dipertahankan," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud ketika diminta mengulas mengenai pelantikannya itu.Salleh yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Politik dari Universiti Simon Fraser, Canada dan Ijazah Master Sains dalam bidang Politik dan Kerajaan dari Universiti Putra Malaysia pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kota Belud, Sabah.
Salleh amat berpengalaman kerana pernah menjadi Ketua Menteri Sabah, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Menteri Kewangan Sabah dan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan Sabah.
Sebelum ini, Salleh pernah memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, Ahli Parlimen Kota Belud dan Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan.
Beliau berkahwin dengan Datin Seri Hajjah Raya Erom dan mempunyai empat orang anak iaitu Mohd Syarulnizam, Syazeera, Mohd Hafeez dan Syeera.

Last Updated on Saturday, 25 April 2009 11:29 - Sabahkini.net

Thursday, April 23, 2009

BERITA DARI KDN



Imigresen batal larangan ibu Mano ke M'sia
Jimadie Shah Othman Apr 23, 09 2:50pm(Malaysiakini)


Jabatan Imigresen Malaysia telah menarik balik arahan yang melarang ibu Manohara Odelia Pinot, isteri kerabat Kelantan, daripada memasuki negara ini.Dengan itu, Daisy Fajarina kini boleh masuk ke Malaysia untuk menemui anaknya di negara ini.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mahmood Adam (foto) berkata larangan terhadap Daisy Fajarina, ditarik balik berkuatkuasa Isnin lalu."Larangan itu telah ditarik balik. Kita telah maklumkan kepada pihak kedutaan. "Dan kedutaan kita akan memaklumkan kepada pihak sana (Indonesia)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Sebelum ini, dalam satu sidang akhbar di Jakarta pada Isnin lalu, Daisy mendakwa beliau ditegah masuk ke negara ini pada 19 Mac lalu.Daisy (foto) dilaporkan mendakwa, dimaklumkan oleh pegawai imigresen larangan itu dibuat atas permintaan istana Kelantan.Menurut Mahmood lagi, penarikan balik larangan itu dibuat atas arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN). "Kami (di) imigresen cuma menerima arahan sahaja. Jadi, Jabatan Imigresen (hanya) pelaksana. "Yang buat arahannya (tarik balik) adalah dari Kementerian (Dalam Negeri)," katanya ketika ditanya alasan larangan itu ditarik balik.Mahmood tidak mengulas lanjut apabila diminta mengenai punca larangan tersebut, kerana katanya, beliau sedang bermesyuarat.Duta Indonesia pertikaiDalam perkembangan berkaitan, duta besar Indonesia ke Malaysia dilaporkan mempertikaikan larangan terhadap Daisy. "Kita sudah menanyakan kepada keluarga kerajaan (istana) Kelantan. Saat ini kondisinya sehat-sehat saja, mereka sudah resmi dalam perkawinan."Tapi yang kita pertanyakan juga, kenapa ibu Manohara yang ingin bertemu dengan anaknya ditolak oleh mereka," Da'i Bachtiar dipetik berkata di Istana Merdeka, Jakarta hari ini.Menurut laman web berita terkenal Detik.com, kedutaan republik itu sudah mengirim surat rasmi kepada Kementerian Luar Malaysia untuk meminta penjelasan tetapi setakat ini belum ada jawapan. "Kerana masih beberapa hari (lalu) mengirimnya, belum ada jawaban," jelasnya lagi.Da'i mengakui memang agak sukar mengembalikan Manohara Odelia ke Indonesia sebab bekas model muda itu berkahwin dengan kerabat tersebut.Diminta mengulas isu penderaan, duta besar itu dipetik berkata: "Itu kan masih informasi yang belum kita lihat secara langsung. Upaya yang kita lakukan, kita berkomunikasi dengan Sultan Kelantan, ya katanya kondisinya baik-baik saja."

ADS4BUCKS.COM

Ads4bucks Sekarang?
Posted by: Fatin Pauzi

Salam…
Pengumuman penting yang dibuat oleh blog Ads4bucks pada 21 April 2009 yang lalu, banyak menimbulkan ketidakpuasan hati pelbagai pihak, terutamanya, ahli-ahli Ads4bucks. Rilek. Jangan cepat melatah. Be profesional. Sebelum korang semua mula menuduh yang bukan-bukan, menarik “handbrake” atau apa jua jenis pemberontakan terhadap Ads4buck, korang perlu mengenalpasti dahulu sebab musabab di sebalik peraturan baru dan tegas yang telah ditetapkan oleh Ads4bucks.
Apa yang aku tahu, syarat baru yang paling membuatkan ahli-ahli Ads4bucks tidak senang duduk ialah syarat ke-4 iaitu :
4) Akaun yang tiada melakukan penajaan untuk sekurang-kurangnya 3 akaun dalam tempoh 3 bulan berturut-turut adalah di anggap tidak aktif dan akaun anda akan di bekukan serta merta. Untuk di buka semula maka Penalti akan di kenakan.
Untuk pengetahuan korang, alasan Ads4bucks mewujudkan peraturan sedemikian adalah kerana pihak Ads4bucks tidak ingin wujud ‘ahli kongsi tidur’ di dalam perniagaan ini. Kalau korang nak tahu, belambak ahli Ads4bucks yang hanya parking nama sahaja di dalam network , kemudian meletakkan downline-downline yang aktif di bawah network mereka, dan seterusnya duduk goyang kaki sahaja menunggu komisyen mereka masuk. Apa yang paling ’syok’nya, komisyen yang mereka perolehi adalah HASIL USAHA & KERJA KERAS PARA DOWNLINE MEREKA!!! Korang rasa, adilkah sume ni? Apa yang mereka tahu, setelah akaun Ads4bucks mereka mencecah ratusan us dollar, kerja mereka hanya withdraw amount tersebut dengan senyum yang melebar ke telinga.
senyum orang malas & mengambil kesempatan terhadap orang lain.
Dan mengenai penalti yang paling meng’hot’kan korang semua, apa yang tahu setelah melakukan kaji selidik dari pihak Ads4bucks, akaun korang memang akan dibekukan serta merta sekiranya korang tidak aktif melakukan penajaan sekurang-kurangnya 3 akaun dalam masa 3 bulan. Ini bermakna, korang tidak dapat melakukan sebarang e wallet withdrawing ataupun transferring sepanjang tempoh akaun korang dibekukan. Dan, sebaik sahaja korang telah mula menaja kembali dalam tempoh masa akaun korang di’hold’, pihak Ads4bucks akan mengaktifkan akaun korang semula serta merta dan akaun korang boleh berfungsi seperti biasa.
Kenapa korang nak tuduh Ads4bucks melakukan penindasan setelah wujud syarat seperti ini? Bagi aku, tanpa syarat inilah, kita akan terus ditindas tanpa kita sedari pun! So, GIAB (Genius In A Box) bukan sahaja think inside the box, but there are also think outside the box! So, tak perlulah nak terus melatah, nak terus menfitnah, nak tuduh2 GM punya idealah, nak tarik handbrake la. Cuba siasat dahulu di sebalik semua perubahan yang dilakukan Ads4bucks. Perubahan tersebut lebih kepada untuk membangunkan Ads4bucks. Cuba letakkan sikap positif sebelum bertindak secara emotional. Aku tahu, korang sume manusia, ada emosi, but you have brain lah. Brain is not located at kepala lutut, kan? So, be just like Ads4bucks. They are not only genius inside the box, but they are also think outside the box. Any comment?

Terima Kasih to fatin for your authorise to foward this massage at this blog.

Tuesday, April 21, 2009

ADS4BUCKS.COM

MESTI DI BACA! Pengumuman Penting!

21hb April 2009 (Selasa)

Syarikat ingin memaklumkan kepada kesemua Leader leader dan juga ahli-ahli Ads4Bucks yang di hormati tentang beberapa perkara di bawah berkuatkuasa hari ini 21hb April 2009 (serta merta) :

1) Setiap ahli adalah di larang untuk melakukan sebarang aktiviti lain yang berupa perniagaan berangkai atau jaringan yang seumpama nya di dalam atau di kawasan berhampiran premis Ibu Pejabat Ads4Bucks atau di mana-mana pejabat e-centre Ads4Bucks di seluruh Malaysia.

2 ) Demi untuk mengelakkan konflik, ahli yang berdaftar dengan Ads4Bucks tidak boleh berdaftar atau membuat penerangan tentang perniagaan jaringan yang lain selain dari Ads4Bucks atau yang seumapamanya.

3) Sekiranya anda telah berdaftar di bawah seseorang Leader atau di bawah mana-mana ahli di Ads4Bucks maka anda tidak di benarkan untuk mendaftar lagi di bawah rangkaian lain. Bermula hari ini, sekiranya anda melanggar peraturan ini maka kesemua akaun anda yang terkemudian akan di batalkan serta merta tanpa sebarang notis. Sebarang rundingan tidak akan di layan sama sekali.

4) Akaun yang tiada melalukan penajaan untuk sekurang-kurangnya 3 akaun dalam tempoh 3 bulan berturut-turut adalah di anggap tidak aktif dan akaun anda akan di bekukan serta merta. Untuk di buka semula maka Penalti akan di kenakan.

Untuk kenyataan nombor 1 dan 2 di atas, sekiranya anda di dapati melakukan perkara tersebut atau terdapat aduan dan di selidik oleh Pihak Pengurusan serta sahih kesalahan maka kesemua akaun milik anda akan di tamatkan serta merta dan segala rundingan tidak akan di layan sama sekali .

Alasan dengan menyatakan bahawa anda tidak tahu atau tidak maklum tentang pengumuman ini tidak akan di terima sama sekali.
Pihak Pengurusan terpaksa bertegas di dalam memantau kes-kes sebegini bagi menjaga prestasi serta imej syarikat di mana Ads4Bucks amat serius dan berdaya maju bagi memastikan syarikat terus berkembang dengan pesatnya dan memastikan visi dan misi yang telah di impikan akan terlaksana.

Harap Maklum!
Pengarah
Urusan

Berita dari Ads4bucks.com