TAHNIAH DATO' SERI MOHD SALLEH TUN SAID.
3 Mei 2009. Amirul
Saya secara peribadi mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri atas perlantikan sebagai Timb.Pengerusi UMNO Perhubungan Negeri Sabah oleh YAB Dato' Sri Presiden Parti tempohari yang lalu. Sesungguhnya perlatikan ini memang tepat dan kena pada masanya ketika UMNO ingin menyususn semula kekuatan UMNO seluruh negara termasuk Sabah. Kita percaya dengan azam dan pengalaman yang ada pada Dato' Seri selama menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah dan mantan Ketua Menteri Sabah dibawah sistem penggiliran dahulu boleh membantu usaha itu. Kembalinya beliau dalam kepimpinan UMNO di Sabah merupakan satu bonus bagi saya dalam mengukuhkan UMNO Sabah dan Barisan Nasional. Kita memerlukan pemimpin yang berkebolehan dalam mentdabir negeri dan bukan hanya pandai bermain politik sahaja. Ini adalah masanya kita semua memikirkan cara bagaimana membantu rakyat menghadapi masalah kegawatan ekonomi seluruh dunia hari ini. Kurangkan politiking lebih banyak bekerja. Banyak agenda pembangunan yang dibawa oleh Dato Salleh ketika menjadi Ketua Menteri. Saya percaya gandingan mantap ini antara Ketua Menteri Datuk Seri Musa dan Dato Salleh dapat memakmurkan lagi negeri dan mengukuhkan UMNO Sabah dan Barisan Nasional. Sekali lagi saya ucapkan Tahniah!
No comments:
Post a Comment