Apr 17, 09 5:13pm
Friday, April 17, 2009
BERITA TERKINI
Apr 17, 09 5:13pm
Santapan Rohani
Agar tidak mudah ditundukkan syaitan
Sabar amat penting
Oleh
PROF. DR. HARON DIN
Klinik Darussyifa', Bangi.
KESABARAN adalah antara sikap paling penting bagi manusia sekiranya mereka ingin menjadi orang yang disegani oleh kawan dan lawan. Kesabaran adalah asas yang penting ke arah membentuk perilaku dan sifat yang mendapat keredaan Allah.
Sekiranya manusia tidak dapat menahan sabar, yakni menyerahkan dirinya pada nafsu kemarahan, mereka akan menjadi golongan yang mudah ditundukkan oleh hasutan syaitan.
Kemarahan adalah api yang tidak sahaja membakar orang lain tetapi sekiranya salah perhitungan, api akan membakar diri sendiri.
Kesabaran sewajarnya dilihat dalam perspektif yang jeas. Selain fungsinya sebagai alat pemantap keterampilan diri, kesabaran juga memainkan peranan ke arah menghasilkan satu kelegaan emosi kepada manusia Apabila berhadapan dengan tekanan dan dugaan.
Tanpa kesabaran, manusia akan mudah dibendung oleh perasaan dendam, tersinggung, dengki dan egoistik.
Paling penting, kesabaran adalah cermin peribadi yang menjadi tali pengukur sejauh mana ketinggian moral seseorang itu. Kesabaran juga menjadi sebahagian daripada gambaran keimanan.
Bagaimana penilaian masyarakat terhadap manusia yang mudah panas baran? Tentunya perlakuan kurang sopan itu dilihat sebagai sebahagian daripada gambaran rendahnya harga diri seseorang itu. Dalam sehuah hadis. Rasulullah pernah menyebut yang "Sabar itu sebahagian daripada Iman "
Sukalah dijelaskan secara lebih terbuka mengenai kepentingan sabar sebagai benteng ke arah memperkuatkan daya saing. nilai diri dan kreativiti seorang manusia.
Kesabaran bersikap pendorong dan bagi mereka vang lebih cenderung memilih untuk bersabar, perihadi dalam konteks kejiwaan dan intelektual akan lebih mudah berkembang.
Kemarahan adalah racun yang vang tidak sahaja menbunuh emosi manusia tetapi ia mempengaruhi perkembangan dan kemajuan manusia dalam soal keagamaan, kerjaya dan pergaulan.
Pelbagai fenomena yang merombak arus kehidupan manusia dalam zaman sains dan teknologi serta perlumbaan terbuka dalam pelbagai bidang memerlukan manusia sentiasa merujuk nilai kesabaran dalam dirinya. Kesabaran dalam kehidupan sekarang bukan setakat perwatakan tetapi merupakan satu nilai hidup yang memberi pengaruh secara langsung ke arah pembentukan tamadun sesuatu masyarakat.
Islam sudah lama menekankan perkara ini sejak bermulanya sejarahnya di zaman Rasulullah. Bagaimanapun, di kalangan umat Islam hari ini, perubahan arca kehidupan dan sistem sosial membuatkan sebahagian besar daripada mereka terlupa akan hakikat tersebut.
Kita renungkan saja watak manusia di jalan raga hari ini. Semua pengguna mahu sampai cepat ke destinasi kerana urusan peribadi. Keghairahan ini membuatkan mereka membelakangkan kepentingan orang lain. Apabila ukuran diri diutamakan dan berlaku halangan dalam usaha untuk merealisasikannya maka berlakulah kemarahan.
Nilai kemuliaan
Apabila marah, nilai kemuliaan yang menjadi asas dalam perhubungan sesama manusia mulai luntur dan akhirnya musnah.
Di tempat kerja, fenomena depresi berlaku bukan semata-mata kerana faktor kerja tetapi ada kalanya terjadi kerana kelemahan manusia menguasai diri dan fikirannya sendiri.
Apabila wujud pertentangan antara kepentingan atau keinginan diri dengan persekitaran, manusia akan memberontak sama ada secara terbuka atau dalaman.
Apabila kemarahan dalaman tidak dapat dikuasai, maka berlakulah tekanan.
Institusi kekeluargaan juga turut teruji. Kesabaran menjadi tembok ke arah pengukuhan hubungan kekeluargaan manakala kemarahan menjadi pemusnah yang bakal meruntuhkan segala kebahagiaan yang terbina.
Suami isteri harus mengerti persoalan ini kerana banyak kes perceraian berlaku kerana pasangan pasangan terbabit membiarkan diri mereka dikuasai oleh rasa marah.
Keadaan hubungan rumah tangga menjadi lebih kritikal dalam konteks mesa kini di mana suami dan isteri bekerja.
Depresi yang wujud di kedua-dua belah pihak akibat tekanan pekerjaan akan membuatkan suasana di rumah terdedah pada bahaya.
Sabar adalah sifat yang wajar di asuh sejak individu berada dalam institusi yang kecil lagi iaitu dirumah_
Melatih diri untuk mendapat sikap yang sabar banyak ditegaskan dalam al-Quran. Banyak petunjuk yang memberikan pengajaran untuk mengamalkan bacaan ayat ayat tertentu untuk tujuan mendapatkan kesabaran.
Sebelurn itu saya turunkan petikan sbuah syair Arab yang terkenal:-
“Saasbiru hatta yakjizu assobra ansobri wasaasbiru hatta yaklamus soor in na ni sobiru”
Maksudnya: Saya akan berlatih sabar hingga kesabaran itu sendiri kalah kepada saya. Dan saya akan bersabar sehingga sabar itu sendiri mengaku bahawa saya lebih sabar daripadanya."
Justeru kerana kesabaran itu penting, maka Allah menurunkan satu ayat yang khusus kepada manusia untuk berdoa memohon.
Ayat tersebut ialah ayat 250 surah al-Baqarah. Bermula daripada robanna berakhir dengan al kafirun.
Ayat itu bermaksud:
"Ya Allah, ya Tuhan kami. limpahkanlah dalam diri kami kesabaran dan kekuatan dan tetapkanlah pendirian kami (dengan sabar) dan berilah pertolongan-Mu ke atas kami untuk menghadapi kaum yang ingkar."
Ayat tersebut hendaklah diamalkan dalam bentuk doa dan pohonlah dengan perasaan yang merayu pada Allah agar dikurmakan kesabaran.
Sebaiknya juga, hendaklah diamalkan berwuduk setiap kali terasa diri sedang marah. Kaedah ini berkesan untuk meredakan tekanan kemarahan yang mungkin membawa kepada tindak balas yang agresif.
Sesudah berwuduk, eloklah menunaikan sembahyang sunat dua atau empat atau enam rakaat. Bersembahyang hingga hati kembali tenang dan perasaan marah itu hilang.
Dengan amalan itu, insya-Allah, diri akan beroleh kesabaran.
® v ®
SOALAN:
Benarkah bacaan Yasin amat berkesan untuk merawat sakit lumpuh? Harap, dapat diterangkan kaedah yang sebenarnya untuk mengamalkan bacaan Yasin bagi tujuan tersebut. — IMRAN AU AHMAD, Bangsar, Kuala Lumpur.
JAWAPAN:
Rawatan melalui kaedah bacaan Yasin adalah antara. ikhtiar yang baik untuk mengubat pesakit lumpuh. la hendaklah diialankan melalui seorang perawat.
Caranya ialah perawat hendaklah berpuasa sunat selama tiga hari. Dalam masa berpuasa itu dia hendaklah berzikir sebanyak 9,999 kali.
Perawat juga mesti bersembahyang sunat sebanyak 24 rakaat. Lakukan dua rakaat dalam satu salam di waktu pagi dan petang.
Buat air Yasin. Seelok-eloknya dibaca sebanyak 40 kali. Uang sebanyak 24 kali ketika tiba pada ayat yang ke-24 pada setiap bacaan tersebut.
Air Yasin hendaklah diberikan kepada pesakit untuk diminum dan digunakan ketika mengurut.
MINGGUAN MALAYSIA AHAD 3 SEPTEMBER 1995
Perhatian:
Semakin tinggi keyakinan dan amalan seseorang dengan bacaan tersebut (al-Quran) maka semakin berkesan rawatannya.
Tuesday, April 14, 2009
Sedutan dari Majalah Mastika
Dr. Syafei jengah alam ghaib
Dr. Hj M.N. Syafei: Sebetulnya saya bukan main main. Ya! Saya bisa melihat sesuatu yg tidak bisa dilihat org lain. Saya juga boleh meramal penyakit sekali gus mengubatinya. Misalnya saya bisa tahu di tapak kaki kiri anda ada bekas luka!
Pesakit Pesakit mengangguk dan tersenyum)
Betul!!! Betul!!! Masa saya nak tangkap ayam tapi terlanggar zink (lelaki itu ketawa)
Dr. Hj M.N. Syafei: Saya boleh lihat tahi lalat di dada anda. Sya bukan serkap jarang tetapi saya tahu itu tahi lalat memang ada, betul atau tidak?
Pesakit: Kahhh!! Kahh!! Betul! (Pesakit lelaki itu ketawa lebih kuatI
Dr. Hj M.N. Syafei: Sebetulnya saya juga tahu di belakang bahu kiri ada tanda lahir tompok warna coklat. Tak perlu buka baju!
Pesakit: Ya! (Pesakit ketawa kecil geli hati)
Dr. Hj M.N. Syafei: Ini Cuma nasihat. Saudara ini kuat berdengkur! Awas! Berdengkur itu ada bahayanya
Pesakit: (Pesakit agak terkejut tapi ketawa besar) Kahhh!! Kahhh! Kahhh! Betul. (Pesakit menggaru garu kepala)
Dr. Hj M.N. Syafei: Memang saya memiliki kebolehan pandang tembus. Misalnya saya bukan saja boleh nampak sekecil kecil tahi lalat yg tersembunyi di badan saudara tapi saya juga boleh nampak makhluk lain, misalnya hantu hantu di sekeliling saudara. Anda nak tahu. … biar saya ceritakan!!
Ketika berusia sembilan tahun saya dihantui masalah boleh melihat alam ghaib dan penghuninya sekali gus.. Hari hari yg saya lalui sangat menakutkan.
:Ada hantu bu!!!!! Hantu!!!!! Kata saya terjertit jerit. Waktu itu saya melihat satu lembaga besar menyerupai manusia sedang berdiri disebalik pintu berkunci.
“Mana ada hantu!” kata ibu. Rambutnya panjang. Muka lonjong. Rambut sampai ke tumit!” kata saya lagi meggigil gigil ketakutan.
Ibu semakin cemas apabila saya ceritakan secara terperinci apa yang saya lihat. Makhluk itu menyerupai wajah manusia, kulitnya sangat putih tetapi berwajah wajah pucat dan baunya, masyaALLAH …busuk.
Kehidupan saya tidak lagi normal. Saya sering ketakutan apabila melihat makhluk makhluk aneh berkeliaran di sekeliling, di rumah, di bilik tidur, di jalan raya, bahkan dimana saja. Kadangkala saya terpaksa menekup muka apabila ternampak sesuatu makhluk terkedek kedek menyebrangi jalan. Ada yg membawa anak kecil, kanak kanak, orang tua termasuk lelaki dan wanita.
Memang makhluk terbabit tidak pernah menggangu saya. Pernah juga saya bertembung dengan suatu makhluk pada waktu sendirian di tengah malam. Hairannya, ia Cuma melamai lambai ke arah saya. Tapi tubuh saya menggigil tidak berhenti henti.
Adakalanya menyeronokkan juga. Maklumlah saya boleh nampak segala galanya tanpa ada sebarang halangan. Kerana kelebihan itu juga saya selalu menang semasa bermain guli bersama kawan kawan sebaya. Saya dapat meneka dengan mudah berapa biji guli yg terdapat dalam genggaman rakan. Kawan kawan saya hairan bagaimana saya boleh tahu dengan tepat jumlah guli tersebut.
Selain itu saya juga adakalanya seronok. Maklumlah pandangan saya boleh menembusi kedalam pakaian seseorang. Apabila melihat orang lalu lalang saya melihat mereka tanpa memakai seurat benang. Dimana mana saya nampak seolah olah semua orang berbogel. Apabila berselisih dengan gadis saya beritahu ibu hal itu, apa lagi ….. lantats saya dimarahi.
“Mana mungkin ada orang berjalan tidak ber baju. Kalau ada itu orang gila!” kata ibu.
“Betul bu! Saya lihat perempuan itu berbogel,” kata saya lagi mempertahankan diri.
Akhirnya saya mendapat hobi baru mengintai pasangan. Saya dapat melihat apa saja yg mereka lakukan dalam bilik dari A sampai Z. Kegiatan itu akhirnya terhenti apabila saya meningkat remaja. Setelah dewasa saya tidak lagi berbuat begitu. Bukan saya riak atau takbur tapi kalau saya melihat juga benda benda haram saya rasa berdosa. Adakalnya badan saya terasa sakit sakit. Kalau mahu memang boleh tengok saja aurat wanita yg saya mahu, tapi buat apa lakukan kerja yg tidak diredhai ALLAH s.w.t.
Sebagai seorang ayah kepada dua orang anak dan suami kepada Drs. Dewi Wibowo, saya tidak sanggup melakukan perbuatan terkutuk yg menyalahi agama kita. Sampai sekarang, walaupun telah berusia 48 tahun, saya dapat melihat sesuatu yg tidak dapat dilihat orang lain. Saya bersyukur! Ini anugerah ALLAH …. Saya akan menjaga sebaik mungkin.
Kerana kebolehan itu, pernah selama tiga tahun saya susah tidur. Selama itulah saya tidak merasai nikmat tidur. Segala galanya berpunca drpd rasa ketakutan yg amat sangat. Saya rasa kehidupan saya diganggu. Ada ada saja yg saya nampak! Sesekali apabila melintas pekuburan saya melihat banyak makhluk di sana. Kesemua mereka berwajah pucat dan berbau busuk. Apabila ternampak saya, makhluk itu lari lintang pukang. Ada yg terkencing dan terberak. Saya pun takut juga.!
Sewaktu menziarahi saudara mara yg sedang nazak saya jadi amat takut apabila melihat makhluk yg sangat besar sedang membayangi pesakit yg sedang bergelut dengan sakratulmaut. Apabila pesakit itu meninggal dunia, lembaga itu terus ghaib. Saya tidak mahu menggatakan itu syaitan ataupun malaikat, nanti saya akan disalah anggap.
Ibu pelahan lahan simpati dengan apa yg saya alami, walaupun agak lama untuk dia mempercayai apa yg saya katakan. Hanya setelah melihat keadaan saya yg resah dan tak boleh tidur, ibu membawa saya ke kelinik. Doktor kata tak ada apa apa penyakit yg saya alami. Sudah berpuluh puluh dukun dan pawang saya temui tapi gagal disembuhkan. Keluarga puas membawa saya berubat ke sana ke mari tapi saya tidak juga sembuh. Saya kemudian di bawa bejumpa Mbah Noor, 90, pengamal perubatan tradisional di Pati, Jawa Tengah. Selepas menjani rawatan, Mgah membirtahu ibu: “ Anak ini tiada apa apa penyakitnya. Ajarkan dia sembahyang, suruh dia berdoa dan berwirid, insyALLAH mudah tidur!’.
Malam itu selepas solat Isyak, saya hberdoa seperti diajarkan: “Ya ALLAH, jika selama ini saya tidur sedetik cuma kerana takut, perkenankan doa saya biarlah saya tidur seperti biasa, Ya ALLAH!”
Lepas berdoa saya berbaring cuba cuba untuk tidur. Benarlah … sepanjanag malam itu memang saya tidur nyenyak sehingga terlewat solat subuh. Malam itu saya bermimpi mendengar suara seseorang membaca ayat Kursi sebanyak 41 kali. Saya pasti kerana saya mengiranya satu, satu! Pelik juga esuk paginya, sebaik bangun saya hafal surah tersebut. Mulai hari itu, walaupun baru menjengah usia 13, saya dapat membaca beberapa surah al-Quran.
Saya seorang doktor yg terdidik dalam bidang perubatan moden namun saya jug mampu mengubati pelbagai penyakit misteri yg berkaitan jin dan syaitan. Saya bersyukur kepada ALLAH kerana dianugerahi kebolehan melihat makhluk di alam ghaib, sesuatu yg tidak ada pada orang lain.
Ini menambahkan lagi keimanan saya dan sesungguhnya ALLAH berkuasa melakukan segala galanya.
Oleh Sahidan Jaafar
Foto: Zul Azhar Sheblee
Mastika September 2002
Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat tuan Dr. boleh berhubung dengan saya untuk sesi temujanji.
Monday, April 13, 2009
Sedutan dari Team Alam Jin
Apa khabar Amirul... Seronok rasanya dapat bersua
lagi dgn Amirul melalui e-mel hari ini.
Untuk pengetahuan Amirul, masih ramai lagi yang
tidak tahu asal usul Jin. Sedar atau tidak kadangkala
kehidupan kita dikelilingi oleh makhluk yang bernama JIN.
Disini saya akan huraikan serba sedikiit mengenai asal usul
JIN serta alam kehidupan Jin kepada Amirul:
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil.
Dicipta dari api(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun
lamanya.
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tuduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
melaknat dan perintah mereka turun ke bumi. Untuk pengetahuan
Amirul Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam
(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun
kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu
dilarang mengunakan kemeyan kerana Jin paling suka dengan
asap yang busuk. Makanannya juga tulang. Itu sebab kita
tidak boleh membuang kuku sebarangan, kerana jin akan
memakannya.
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (sebab tu ramai orang
terjun bangunan tinggi sebab bunuh diri akibat rasukan jin
jugak), tandas dan kubur.
6) Dinasihatkan apabila ingin buang air diperjalanan
(contohnya jalanraya),perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman."
Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman.
Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk,
Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat
datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin:-)
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada
dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong.."
Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina
istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak
perasan dan tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya
dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja dihadapan-nya.
Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut
reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah
tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
Amirul cukulah kali ini kita berkomunikasi melalui
newsletter ini. Izinkan saya beransur dahulu untuk menulis
lagi tentang sesuatu maklumat serta info yg berharga
mengenai alam jin untuk Amirul.
Jika ada rezeki, insyaAllah kita akan berjumpa lagi dan
nantikanlah sambungan siri ke 2 mengenai "Mengenali alam Jin"
dari saya mulai 3 hari dari sekarang!
Selamat Dari Kami....
Salam keceriaan dan selamat maju jaya untuk Amirul.
Ikhlas dari,
TEAM AlamJin.com
e-mel: admin@alamjin.com
http://www.alamjin.com
Membongkar Misteri Alam Ghaib..