
Sunday, May 3, 2009
Berita dari Sabah

Saturday, April 25, 2009
BERITA DARI SABAH
Published on: Saturday, April 25, 2009
Kota Kinabalu: Former Sabah Chief Minister Datuk Seri Salleh Said Keruak said he was grateful to Umno President Datuk Seri Najib Tun Razak for appointing him as the new deputy chairman of the party's liaison committee for the state.
He said the appointment was a trust that he should honour particularly in strengthening Umno in the state which Najib described as a "fixed deposit" for Barisan Nasional (BN).
"I promise to give full cooperation to the present Sabah Umno liaison chairman Datuk Seri Musa Aman.
"Sabah is stronghold for Umno and BN... this situation needs to be retained," said the Kota Belud Umno chief when asked to comment about his appointment.
The new list of Umno office-bearers and state liaison chiefs announced by Najib Friday also saw Musa retaining the post of Sabah liaison chairman while his former deputy, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, was made the new Kedah Umno liaison chairman.- Bernama
Friday, April 24, 2009
BERITA DARI SABAH

PERLANTIKAN SALLEH, IBARAT SIRIH PULANG KE GAGANG?
Written by Admin SABAHKINI.NET
Saturday, 25 April 2009 11:24
PERLANTIKAN Mantan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said Keruak sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah oleh Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak disifatkan sebagai 'Sirih Pulang Ke Gagang'.
Ketua Cawangan UMNO Sri Perdana, Bahagian Silam, Sulaiman Atok menyifatkan demikian kerana Salleh pernah memegang jawatan berkenaan dan perlantikan tersebut akan mengukuhkan UMNO Sabah kerana Salleh merupakan regu terbaik Datuk Seri Musa Aman.
Kata Sulaiman, sebagai pemimpin yang mewakili etnik majoriti, iaitu Bajau, Salleh yang memimpin USBO telah menunjukkan semangat setiakawan dan meletakkan kepentingan UMNO mengatasi kepentingan diri dan etnik yang diwakilinya.
"Walau digugurkan sebagai sebagai calon pada pilihanraya umum 2008, namun Salleh tidak menyimpan sebarang dendam, sebaliknya telah menunjukkan kesungguhan memasyarakatkan UMNO dan memenangi kembali jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud," ujar Sulaiman yang tertarik dengan prinsip perjuangan Salleh yang menjadi salah satu sebab beliau meninggalkan PBS untuk bersatu di dalam UMNO.
Dengan kembalinya Salleh di dalam Badan Perhubungan UMNO Sabah dan pengekalan Musa sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Sulaiman yakin mereka akan berjaya menarik sokongan masyarakat Bajau dan etnik lain yang telah menyertai parti pembangkang menjelang pilihanraya lalu.
Dalam pada itu, Salleh ketika dihubungi Sabahkini.net menyifatkan perlantikan tersebut merupakan satu amanah yang perlu ditunaikannya, terutama dalam membantu memperkukuhkan Umno di negeri ini yang disifatkan oleh Najib sebagai "simpanan tetap" (fixed deposit) bagi Barisan Nasional (BN)."Saya berjanji untuk memberikan kerjasama penuh kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah sekarang, Datuk Seri Musa Aman. Sabah merupakan kubu kuat Umno dan BN...keadaan ini perlu dipertahankan," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud ketika diminta mengulas mengenai pelantikannya itu.Salleh yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Politik dari Universiti Simon Fraser, Canada dan Ijazah Master Sains dalam bidang Politik dan Kerajaan dari Universiti Putra Malaysia pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kota Belud, Sabah.
Salleh amat berpengalaman kerana pernah menjadi Ketua Menteri Sabah, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Menteri Kewangan Sabah dan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan Sabah.
Sebelum ini, Salleh pernah memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, Ahli Parlimen Kota Belud dan Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan.
Beliau berkahwin dengan Datin Seri Hajjah Raya Erom dan mempunyai empat orang anak iaitu Mohd Syarulnizam, Syazeera, Mohd Hafeez dan Syeera.
Tuesday, April 21, 2009
BERITA DARI SABAH
Apr 21, 09 3:41pm (Malaysiakini.com)
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak permohonan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (foto) dan tiga yang lain, untuk mengenepikan saman bekas Ketua Menteri, Tan Sri Chong Kah Kiat berhubung pembinaan patung Mazu di Kudat. Dalam keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman Yew Jen Kie berkata sama ada Chong atau Yayasan Amal Thean Hou Kudat, yang mana Chong sebagai pengerusi, mempunyai locus standi dalam saman itu, hanya boleh ditentukan menerusi bukti yang dikemukakan dalam perbicaraan itu. Peguam utama bagi para pemohon, Datuk Mohammad Shafee Abdullah memohon penggantungan prosiding bagi merayu untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi, lapor Bernama. Bagaimanapun, peguam Chong, Ansari Abdullah meminta permohonan itu ditolak dan meneruskan perbicaraan yang telah bermula sejak 12 Januari, sehingga mahkamah rayuan memihak kepada pemohon.Tetapi Mohammad Shafee menegaskan bahawa sekiranya perbicaraan diteruskan ia akan membazirkan masa dan wang dan oleh itu, meminta perbicaraan ditangguhkan sementara menunggu permohonan pemohon di mahkamah rayuan yang mendapat bantahan Yew.Pada 18 April, mahkamah mendengar permohonan untuk membatalkan permohonan Chong, Ketua Menteri Sabah ke-13 (2001) yang mendakwa bahawa Musa dan tiga yang lain, telah menyalahgunakan kuasa berhubung projek Mazu. Mereka (pemohon) membantah bahawa Chong tidak mempunyai locus standi dalam saman itu memandangkan Yayasan Amal Thean Hou Kudat tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan oleh itu tidak mempunyai kesahan untuk mencabar keputusan bagi menarik balik kebenaran yang diberi oleh Lembaga Bandar Kudat kepada yayasan, untuk membina patung Mazu setinggi 88 kaki.Mohammad Shafee mendesak supaya yayasan itu didaftarkan dengan ROS kerana ia merupakan keperluan yang ditetapkan undang-undang termasuk mendaftarkannya di bawah badan amanah swasta di mana Chong bertindak sebagai pemegang amanah dan bukan sebagai anggota. Menurut Ansari, tidak terdapat keperluan yang ditetapkan undang-undang bahawa seseorang itu perlu mendaftar badan amanah di bawah Akta Pemegang Amanah atau Ordinan Penggabungan Pemegang Amanah, kecuali mereka mahu berbuat demikian.
Friday, April 17, 2009
Sudut Pandang
Mohamed Hanipa Maidin Fri Apr 17, 09 10:14:14 pm MYT(Harakahdaily)
Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?
Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.
Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.
Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.
Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:
Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.
Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah
Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.
Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.
Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.
Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:
1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.
3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.
5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.
6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.
7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.
8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.
Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.
Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.
Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.
Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.
Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.
Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.
Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.
Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.
Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.
Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- tajdid_
Thursday, April 16, 2009
Sudut Pandang..
post info By Raja Petra Kamarudin
Utusan Malaysia is very mischievous and we should not allow them to get away with this. We should go out and buy some copies of Utusan Malaysia and burn them. Can we organise a ‘Burn Utusan Malaysia Day’? Then we should ask all the newspaper vendors and shops to boycott Utusan Malaysia.
Read the following piece published in Utusan Malaysia yesterday (Bangkitlah Melayu). If this is not considered seditious then I really don’t know what is. Opposition supporters, me included, have been made to face the court on sedition charges for lesser than what Utusan Malaysia wrote below.
The article starts by asking the Malays to rise up and unite in facing the ‘extreme demands’ of the ‘other races’. ‘They’ must be aware and remorseful about the current political situation that is witnessing all sorts of demands by the non-Malays that can result in Malay political power being jeopardised. Malays are asked to not bow to these extreme demands but on the other hand must rise up and unite to defend their rights and interests.
The article goes on to say that there are enough ‘Malay’ seats in Parliament for the Malays to form the government with just Malay seats. In other words, the Malays do not need the non-Malays to form the government. Therefore, the government must fulfil whatever demands of the Malays because the Malays are the majority and there should be no compromise with the non-Malays.
Umno will become strong if it looks after the interest of the Malays. So Ummo needs to focus on the Malays and not fear the non-Malays, as the non-Malays will automatically support Barisan Nasional if Umno is strong like in the past.
And the article goes on to say that the government must only worry about the Malays and not be too concerned about the non-Malays and that Umno must do whatever is necessary in the interest of the Malays.
That is not what I am saying. That is what Utusan Malaysia said. And Utusan Malaysia is owned by the political party in power and speaks on behalf of the political party in power. And what Utusan Malaysia is saying is a repetition of what Ali Rustam said at the PPP Melaka convention in 2007 — that the Malays have ruled this country for 50 years without the help and support of the non-Malays and can continue doing so for another 50 years.
Utusan Malaysia is talking crap. In the 2008 general election, Barisan Nasional garnered 4,082,411 or 50.27% of the popular votes to win 140 seats in Parliament. That is slightly over half the eight million votes cast. With the loss of Kuala Terengganu in the recent by-election, it is now down to 139 seats.
Three million Malaysians who are registered voters did not bother to vote and another four to five million did not register as voters. That means, while eight million Malaysians voted, another seven to eight million did not. And that also means Barisan Nasional formed the government with votes from just 25% of the eligible voters or votes from 15% of the entire Malaysian population.
That is not really so great is it? How does Utusan Malaysia figure out that Umno or Barisan Nasional commands the support of the majority of Malaysians, in particular Malay Malaysians?
Umno won only 79 out of 222 parliament seats in the 2008 general election. That includes Kuala Terengganu, which they have now lost, and 13 more seats in Sabah. That means Umno has only 65 parliament seats in Peninsular Malaysia. That is less than 30% of the seats, not really enough to form a government without the non-Malay seats.
Maybe Utusan Malaysia was looking at the 20 ‘Malay’ seats from PKR and the 23 (now 24 with Kuala Terengganu) from PAS. If the 44 ‘Malay’ seats from Pakatan Rakyat were merged with Umno’s 78 (assuming the 13 seats in Sabah remain with Umno), the Malays would now control 122 seats in parliament, a majority of only 11 seats considering 50% of 222 is 111. Nevertheless, it will still just be a simple majority and worse than what Barisan Nasional has now, 139 seats.
How does Utusan Malaysia figure that the Malays can run this country with just Malay seats? They can form a federal government no doubt but it will be a government with a simple majority and with lesser seats that what it has now. Anyway, this is a purely academic discussion because, in the first place, the 44 Pakatan Rakyat ‘Malay’ seats will not swing to Umno — expect for maybe two and we know whom those two are.
In the 2008 general election, Umno garnered only 2,381,725 or 29% of the votes. But not all these votes came from Malays. Umno actually won these seats because many non-Malays voted for it. If based just on Malay votes, Umno would have been demolished just like the other component members of Barisan Nasional. The next time around, Umno is not going to get these non-Malay votes as the four by-elections since 8 March 2008 have proven (unless the Chinese, Indians and ‘others’ are still bodoh macam lembu).
PKR, on the other hand, garnered 1,509,080 or 19% of the votes while PAS garnered 1,140,676 or 14%. This means, while Umno won 79 seats and PKR-PAS a total of only 54 seats on 8 March 2008, PKR and PAS combined garnered more than 2.6 million or 33% of the popular votes. That is more than what Umno got.
Figures don’t lie. And the figures show that Umno did not really do as great as they pretend they did. And there would be no way Umno can form the government with just ‘Malay’ seats even if PKR and PAS agreed to merge with them because UMNO, PKR and PAS all won their seats with non-Malay votes as well and not purely on Malay votes. And, in the first place, why should PKR and PAS want to merge with Umno when Umno’s ideology is Malay Supremacy or Ketuanan Melayu and PKR and PAS are both opposed to this?
And that, fellow Malaysians, is the real issue. Umno knows what we know. They are not stupid. In fact, they have plenty of money and can afford to buy the best brains to work for them. And they have been told that their days are numbered unless they can get the Malays to abandon the opposition cause and come and ‘unite’ under Umno.
Yes, that’s right. Umno wants the Malays to unite. But it must be to unite under Umno. If the Malays unite under the opposition — or the Malays unite with the Chinese, Indians and ‘others’ — then that is not considered uniting. That is considered berpecah.
Utusan Malaysia is very mischievous and we should not allow them to get away with this. We should go out and buy some copies of Utusan Malaysia and burn them. Can we organise a ‘Burn Utusan Malaysia Day’? Then we should ask all the newspaper vendors and shops to boycott Utusan Malaysia. And if any shop continues to sell Utusan Malaysia then we should boycott that shop. And those shops must be told that we are boycotting them and why we are boycotting them so that they know and will stop selling Utusan Malaysia if they want us to end the boycott of their shops.
Malays should start this campaign. This will be a message to Utusan Malaysia and Umno that Malays too do not subscribe to racism and dangerous rabble rousing with racial overtones. Malays must demonstrate to their non-Malay brothers and sisters that the Utusan Malaysia and Umno agenda is not the agenda of the majority of the Malays.
Yes, I know, this article is going to now get me into trouble, again, and the police will soon be raiding my house to confiscate my computer, and I will be called in for interrogation and charged in court, yet again, for sedition. That is my problem. In the meantime, can we show our displeasure at the attempt to make Malays and non-Malays fight by making a bonfire out of Utusan Malaysia?
Sedutan Malaysia Kini
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata RTM - stesen TV milik kerajaan - tidak diarah supaya jangan menyiarkan berita mengenai kemelut politik di Terengganu, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini semalam.Sebaliknya, kata Rais, beliau menyerahkan kepada stesen penyiaran tersebut untuk menyiarkan sebarang berita.Beliau bagaimanapun mempertahan hak RTM untuk menyiar apa-apa berita yang dikehendakinya.Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan kementerian berkenaan pagi ini, Rais bekata, RTM juga "sama dengan stesen-stesen TV yang lain".Oleh itu, katanya, kerajaan juga mempunyai hak untuk menyiarkan sebarang berita yang mahu ditonjolkan."Tidak ada main gelap atau main putih," katanya sambil menambah, beliau menyerahkan kepada RTM memilih berita-berita yang mahu diutamakan.“Kerajaan berhak menyiarkan sebarang berita dan penapisan berita ada di seluruh dunia.“Wall Street Journal, Herald Tribune dan New Week, mereka guna penapisan untuk menyiarkan berita. .“RTM adalah stesen penyiaran yang seimbang,” katanya.Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa RTM tidak menyiarkan sebarang berita mengenai tindakan 10 ADUN BN Terengganu memulau sidang DUN negeri itu selepas tiga daripada mereka menerima SMS ugutan bunuh.Walaupun isu menjadi tajuk berita utama di stesen swasta yang lain, tetapi ia tidak disentuh langsung oleh RTM sewaktu berita TV1 Tamil (7.30 malam), Mandarin (8 malam), berita tempatan (8.30 malam) and berita utama Melayu (9 malam) malam tadi.Malah, reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu tersebut, juga tidak disiarkan dalam berita TV1.Menurut sumber, meja berita bahagian berkenaan di TV1 telah arahan lisan supaya tidak melaporkan isu tersebut.Ambil tindakanRais juga mengulangi bahawa kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap lamanweb dan blogger yang memutarkan belit fakta dan menyiarkan pembohongan.“Saya mahu undang-undang negara dihormati, mereka akan diambil tindakan melalui akta komunikasi 1998.“Mereka yang memutar belitkan fakta harus bertanggungjawab. Siasatan mengenai perkara itu akan dibuat oleh kementerian ini.“Orang ramai juga boleh membuat laporan kepada kementerian mengenai kandungan lamanweb jika merasakan mereka terdera dengan laporan berkenaan.“Mereka boleh mengkritik, tetapi jika memutar belikan fakta akan diambil tindakan,” katanya.Rais berkata, tindakan ini adalah untuk mengekalkan kestabilan negara.Bagaimanapun, Rais berkata, pihaknya tiada upaya untuk mengambil tindakan terhadap blogger yang beroperasi di luar negara.Tetapi, katanya jika ia di lakukan oleh rakyat negara ini, terserahlah kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan. - malaysiakini
BERITA DARI W.P.LABUAN

Apr 16, 09 9:16pm
Tuesday, April 14, 2009
Berita dari 2 Bukit...PRK.
| Zulkifli Yahaya Tue | Apr 14, 09 | 10:07:19 am MYT | |
| Percayalah, bahawa orang yang paling 'bahagia' dengan kekalahan BN di dua Bukit ialah bekas Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Nikmatnya mungkin terasa dari tulang sum-sum hingga ke lubuk nurani yang paling dalam. Setahun Abdullah dipersalahkan oleh bekas pemimpin, pemimpin serta ahli-ahli Umno terhadap prestasi teruk BN dalam pilihan raya umum ke-12. Peralihan kuasa yang dirancang telah didesak supaya dipercepatkan sehingga terpancul amarah dari mulut Abdullah terhadap Muhyiddin Yasin, "Apakah Muhyiddin tidak sabar-sabar nak jadi Timbalan Perdana Menteri?" Kemuncak segala penghinaan terhadap beliau tentulah apabila bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir keluar dari parti asobiyah Melayu itu hanya kerana tidak mahu berpresidenkan Abdullah. Penganut Mahathirisme yang fanatik percaya apabila berundurnya Abdullah, maka kuatlah Umno dan BN. Mahathir diarak di dua Bukit bagai baru turun dari kayangan. Mereka percaya, pemulihan sokongan sudah berlaku. Pakatan Rakyat, kalau tidak hilang deposit pun, sekurang-kurangnya akan kalah teruk. Nampaknya, apa yang diyakini mereka tidak berlaku. Pakatan Rakyat di dua Bukit menang dengan majoriti yang lebih besar berbanding dulu! Sehebat mana pun kesetiaan Abdullah terhadap Umno, namun lubuk nuraninya tidak dapat berbohong dari merasa gembira dengan keputusan yang mengesahkan bahawa teruknya BN bukankerana Abdullah. Terserlah sudah hakikat bahawa penolakan rakyat terhadap BN bukan kerana mana-mana individu dalam Umno. Bukan kerana Mahathir, Abdullah atau Najib. Bertukarlah sepuluh nahkhoda, sepuluh jong berlabuh, selagi anjing bercawat ekor juga, selagi itulah BN nazak dan menunggu saat datangnya sakratulmaut. Maka faktor terbesar dan utama terhadap penolakan BN ialah kerana ia sudah sakit tua, nazak dan menunggu saat kematian. Meneliti keputusan pilihan raya kecil Bukit Selambau, terdapat empat petunjuk yang amat menakutkan Umno: Pertama, kebangkitan pengundi muda. Mereka betul-betul tidak 'bagi muka' dengan BN. Di banyak daerah mengundi, BN kuat di saluran 1 tetapi teruk di saluran akhir. Tinjauan dilokaliti sepanjang pilihan raya berlangsung, para pemuda yang banyak berhimpun di markas Pakatan Rakyat. Sebahagian dari mereka adalah anak orang-orang Umno. Kedua, pengundi bukan Melayu. Tinjauan sebelum hari penamaan calon agak merisaukan Pakatan. Pengundi kaum India dilaporkan kembali menyokong BN. Samy Vellu turun dengan duit yang banyak berjaya membeli ramai juga aktivis Pakatan Rakyat yang berpengaruh. Keadaan diburukkan dengan pengumuman S Manikumar sebagai calon. Beberapa pos KeADILan yang dibuka oleh kaum India ditutup. Beberapa ketua kampung Pakatan Rakyat kaum India berpaling tadah. Cemas juga dibuatnya. Situasi yang berlaku tidak kekal dan berjaya dipulihkan. Markas kembali beroperasi danaktivis yang 'menghilang' kembali muncul satu persatu. "Jangan takut, kami cuma nak makan umpan Samy Vellu, tapi kail kami tak makan sekali," ujar seorang aktivis kaum India. Drama politik begini pun ada juga. Macam filem Hindi. Lihat tiga contoh daerah mengundi di mana pengundi Indianya adalah yang tertinggi. United Petani (75% India) Pakatan- 427, BN- 236, Petani Para (69.89 %) PR-107, BN-97 dan Bukit Rusa (71.22%) PR-260, BN-185. Bagi kaum Cina yang mewakili 20 peratus pemilih, langsung tiada masalah. Dari awal hingga ke akhir sokongan mereka padu untuk Pakatan. Khairy dipulau penyokong Mukhriz Ketiga, pengundi Umno yang hilang kesetiaan. Sebenarnya selepas era Mahathir, ahli Umno sudah tiada jati diri. Zaman di mana jika diletak 'tongkol kayu' pun sebagai calon BN mereka akan sokong, nampaknya sudah berakhir. Seorang pemimpin Puteri Umno Kedah menghubungi saya, melahirkan rasa kegembiraan tidak terhingga kerana BN kalah. "Padan muka Shahanim!" katanya. Musuh-musuh politik Dato' Mahdzir Khalid turut gembira kerana inilah peluang untuk jatuhkan beliau sebagai Pengerusi Perhubungan. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang hadir untuk membantu dipulaukan oleh penyokong Mukhriz yang begitu ramai di Kedah. Dia tidak mampu berbuat apa-apa dan pulang begitu saja. Terdapat juga ahli-ahli Umno yang tidak berpuashati kerana BN letak calon MIC. Mereka berhujah kalau BN menang kali ini, maka sampai bila-bila pun Umno sukar nak tuntut kerusi tersebut. Satu gerakan dibuat dikalangan pengundi Umno supaya memilih Mejar (B) Anuar Abd Hamid. Dia adalah ahli Umno yang ikut Dr Mahathir keluar dari parti tersebut tahun lalu. Hasil gerak kerja dalaman ahli-ahli Umno yang memprotes, Mejar (B) Anwar mendapat 475 undi, merupakan undi tertinggi di kalangan calon bebas. Keempat, pengundi yang berpendidikan. Terdapat ramai pengundi berpendidikan yang kebanyakan mendiami kawasan bandar iaitu di taman perumahan. Sebahagian besar taman-taman perumahan tersebut terdapat majoriti pengundi Melayu. Daerah mengundi yang terdiri dari taman perumahan ialah Taman Ria Utara, Taman Ria Jaya, Taman Ria Selatan, Taman Peruda, Taman Bandar Baru, Taman Tasek Apong, Jalan Badlishah, Sungai Lalang, Taman Desa Aman, Bandar Laguna Merbok dan Ambangan Height. Pakatan Rakyat menang di semua daerah mengundi tersebut! Bukan tujuan untuk menghina, tetapi ianya realiti; Pakatan kalah di daerah mengundi Kuala Sin, Batu Belacan, Kampung Sungkap dan Bukit Selambau yang kebanyakannya rendah taraf pendidikan. Rupanya masyarakat yang ketinggalan taraf pendidikan adalah asset kepada BN. Apapun halnya, itu semua cuma alasan yang muncul di saat kejatuhan empayar BN. Bila dah sampai ajal, apa-apa sebab saja boleh muncul. Termasuk yang 'membantu' kemenangan Pakatan Rakyat ialah anggota FRU yang menembak gas dan menyembur air kimia kepada orang ramai di Taman Ria Jaya. - azm _(Harakahdaily.net) |
Umno leader: I’m not guilty..from Labuan F.T.
Tuesday April 14, 2009
Umno leader: I’m not guilty
By MUGUNTAN VANAR
KOTA KINABALU: Former Labuan MP Datuk Suhaili Abdul Rahman has pleaded not guilty to a charge of cheating over a loan facility for his company 13 years ago.
The 48-year-old Labuan Umno chairman was charged with cheating a Malayan Bank Berhad branch manager Ismail Jantan by providing an identity card (with the number H0552181 in the name of Ahmad Suhaily Abdul Rahman) to obtain a RM160,000 loan and overdraft facility to buy an apartment unit at the Api Api Centre by acting as guarantor for his (Suhaili’s) company Syarikat Saraequity Sdn Bhd between April 3 and 11, 1996.
Suhaili, who looked calm and composed, entered his not guilty plea yesterday before Sessions Judge Caroline Bee Majanil to the charge under Section 420 of the Penal Code that carries a maximum penalty of 10 years’ imprisonment (including a mandatory one-year jail term), rotan and fine.
Judge Majanil fixed Feb 8 to 13 next year to hear the case and granted Suhaili bail of RM30,000 with RM3,000 held with one surety.
The politician is expected to face another charge in a magistrate’s court here today under Section 199 of the Penal Code for allegedly making a false statement in a declaration.
Malaysian Anti-Corruption Com-mission Deputy Public Prosecutor Kelvin Mo-rais, who was assisted by Joyce Blasius, told the court that they would produce 30 witnesses.
Suhaili was represented by Rakbhir Singh.
Suhaili, whose term as Labuan Corporation chairman ended on March 31, told reporters outside the court that he believed that the charges were politically motivated.
The politician, who was dropped in the 2008 general election and replaced by Yusuf Mahal for the Labuan seat, said that in his nine years as Labuan MP, he had served the islanders well.
Suhaili has been in the news for various reasons in recent years including his wife’s botched liposuction surgery that led to her death on Oct 28 last year.
Berita dari W.P.Labuan
Bekas MP Labuan hadapi tuduhan baru hari ini |
KOTA KINABALU: Sehari selepas menghadapi tuduhan menipu seorang pengurus bank, bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan memberi maklumat palsu dalam satu akuan bersumpah pada 1995. Suhaili, 48, yang juga Ketua Umno Bahagian Labuan, dituduh membuat kenyataan palsu itu kepada Mohd Naser Mohd Noor, seorang Jaksa Pendamai, berhubung pendaftaran Syarikat Saraequity Sdn Bhd pada 3 Ogos 1995. Tuduhan adalah mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun serta rotan dan denda. Majistret Noor Hafizah Mohd Salim membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen yang akan mendengar kes penipuan terhadap Suhaili dari 8 Februari hingga 12 Februari tahun depan. Suhaili, yang diwakili peguam Rakhbir Singh, tidak dibenarkan diikat jamin. Semalam, dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan menipu sebuah bank dengan menggunakan kad pengenalan orang lain untuk menjadi penjamin bagi satu pinjaman RM160,000. Tahun lepas, isteri beliau meninggal dunia akibat komplikasi daripada satu pembedahan menyedut lemak. BERNAMA |