Aleacorp

Showing posts with label General reading. Show all posts
Showing posts with label General reading. Show all posts

Wednesday, May 20, 2009

WELCOME TO SABAH DURING SABAH FEST 2009

Introduction

Welcome to the land of awe-inspiring natural scenery, lush primary rainforests, vibrant coral reefs and mysterious indigenous cultures!
Situated on the beautiful island of Borneo, Sabah is one of the thirteen states which Malaysia is made of. Sabah is the second largest state in Malaysia and shares the island of Borneo with Sarawak, Brunei, and Indonesian Kalimantan.
An ideal destination for backpackers, Sabah is richly blessed with nature diversity, unique cultures, fun adventure, beautiful beaches, and fantastic cuisines for the adventurous taste buds.
From mountaineering and scuba diving to wildlife spotting or just simply relaxing at the beach, Sabah is the ultimate place to go. We have it all here, from the world's largest flower; the Rafflesia, to the highest mountain is South East Asia; Mount Kinabalu, to one of the world's best dive sites; Sipadan Island.
Not only will you be amazed by the places to see and things to do here, you will also get to meet warm and friendly people in Sabah who are very hospitable. Get immersed in the unique culture and tradition of Sabah, not forgetting the sweet memories to last a lifetime.

Background Check on Sabah
Governance of SabahSabah is a state with a democratic political system with universal suffrage. Here, the Yang di-Pertua Negeri sits on top of the hierarchy, followed by the State Legislative Assembly and the State Cabinet. A general Election takes place every five years for both the State and the Federal level officials.
Sabah and her peopleThe people of Sabah are known as Sabahans. Sabah is the third most populous state in Malaysia after Selangor and Johor; it also has one of the highest population growth rates in the country.
There are currently 32 officially recognized ethnic groups in Sabah with the largest non-indigenous ethnic group being the Chinese and the largest indigenous group being the Kadazan-Dusun people. Two other larger ethnic groups in Sabah are the Bajau and Murut, compared to other states in the country; Sabah has relatively very small population of Indians and South Asians.

The Sabahan Economy
Sabah's economy was traditionally lumber dependent. However, with the increasing depletion of natural forests as well as ecological efforts to conserve the rainforest; palm oil has proven to be more sustainable resource.
Other than that, Sabah's economy is highly dependent on agricultural products such rubber and cocoa. Sabah also exports other produces such as vegetables and seafood. Tourism, particularly eco-tourism, is presently the second largest contributor to the economy.


Tadau Kaamatan Celebrations – Grand Finale

Date : 30 - 31 May 2009


Experience the Kadazandusun Harvest Festival celebrations on its grandest scale here. Join the local folks as they sing, dance, eat and play traditional games! This is also the time the Harvest Queen (or Unduk Ngadau) is selected.
Organiser : Kadazandusun Cultural Association (KDCA)
Contact Person : Dr. Benedict Topin
24th Sabah Dragon Boat Race 2009
Date : 20 - 21 June 2009

A traditional Chinese event that evolved from myths and legend that has grown into one of the main highlights of the year. This exciting race has attracted many teams from as far as Australia, Hong Kong, Japan, China and Brunei.

Saturday, May 16, 2009

Starting a new Business

MEMULAKAN PERNIAGAAN BARU HARI INI?

Kepada saudara yang bercadang untuk memulakan perniagaan dan perniagaan apa nak buat? Jangan bimbang. Sabahbiz akan menyediakan tools berkenaan dalam beberapa waktu lagi. Sebagai permulaan..kami ada menjual beberapa contoh Simple Business Plan Guidelines for starting,Simple Business Plan dan Partnership Agreement untuk membantu anda memulakan perniagaan. Document tersebut boleh anda jadikan rujukan berguna dan lengkap dalam membuat kertas kerja dalam memulakan sesuatu perniagaan. Ia juga amat berguna dalam persediaan bahan - bahan untuk membuat pinjaman perniagaan dengan Institusi Kewangan. Kami akan sentiasa menambah beberapa bahan baru dalam sedikit masa lagi.

HANYA $19.90 USD

Anda boleh menempah secara online dalam ruangan tepi, setelah anda membuat tempahan, sila email saya dan kami akan menghantarnya terus ke dalam email anda..mudahkan!


Atau boleh call saya di 0128369005.

Sunday, May 3, 2009

Berita dari Sabah


TAHNIAH DATO' SERI MOHD SALLEH TUN SAID.

3 Mei 2009. Amirul


Saya secara peribadi mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri atas perlantikan sebagai Timb.Pengerusi UMNO Perhubungan Negeri Sabah oleh YAB Dato' Sri Presiden Parti tempohari yang lalu. Sesungguhnya perlatikan ini memang tepat dan kena pada masanya ketika UMNO ingin menyususn semula kekuatan UMNO seluruh negara termasuk Sabah. Kita percaya dengan azam dan pengalaman yang ada pada Dato' Seri selama menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah dan mantan Ketua Menteri Sabah dibawah sistem penggiliran dahulu boleh membantu usaha itu. Kembalinya beliau dalam kepimpinan UMNO di Sabah merupakan satu bonus bagi saya dalam mengukuhkan UMNO Sabah dan Barisan Nasional. Kita memerlukan pemimpin yang berkebolehan dalam mentdabir negeri dan bukan hanya pandai bermain politik sahaja. Ini adalah masanya kita semua memikirkan cara bagaimana membantu rakyat menghadapi masalah kegawatan ekonomi seluruh dunia hari ini. Kurangkan politiking lebih banyak bekerja. Banyak agenda pembangunan yang dibawa oleh Dato Salleh ketika menjadi Ketua Menteri. Saya percaya gandingan mantap ini antara Ketua Menteri Datuk Seri Musa dan Dato Salleh dapat memakmurkan lagi negeri dan mengukuhkan UMNO Sabah dan Barisan Nasional. Sekali lagi saya ucapkan Tahniah!

Saturday, April 25, 2009

BERITA DARI SABAH

Salleh: I'll help strengthen Umno in Sabah
Published on: Saturday, April 25, 2009

Kota Kinabalu: Former Sabah Chief Minister Datuk Seri Salleh Said Keruak said he was grateful to Umno President Datuk Seri Najib Tun Razak for appointing him as the new deputy chairman of the party's liaison committee for the state.
He said the appointment was a trust that he should honour particularly in strengthening Umno in the state which Najib described as a "fixed deposit" for Barisan Nasional (BN).
"I promise to give full cooperation to the present Sabah Umno liaison chairman Datuk Seri Musa Aman.
"Sabah is stronghold for Umno and BN... this situation needs to be retained," said the Kota Belud Umno chief when asked to comment about his appointment.
The new list of Umno office-bearers and state liaison chiefs announced by Najib Friday also saw Musa retaining the post of Sabah liaison chairman while his former deputy, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, was made the new Kedah Umno liaison chairman.- Bernama

Friday, April 24, 2009

BERITA DARI SABAH



PERLANTIKAN SALLEH, IBARAT SIRIH PULANG KE GAGANG?

Written by Admin SABAHKINI.NET
Saturday, 25 April 2009 11:24

PERLANTIKAN Mantan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said Keruak sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah oleh Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak disifatkan sebagai 'Sirih Pulang Ke Gagang'.
Ketua Cawangan UMNO Sri Perdana, Bahagian Silam, Sulaiman Atok menyifatkan demikian kerana Salleh pernah memegang jawatan berkenaan dan perlantikan tersebut akan mengukuhkan UMNO Sabah kerana Salleh merupakan regu terbaik Datuk Seri Musa Aman.


Gandingan antara Musa dan Salleh akan memberi kekuatan kepada UMNO untuk mempertahankan kubu kuat UMNO di Sabah pada pilihanraya umum akan datang dan kita menyokong perlantikan mereka oleh Presiden UMNO," ujar Sulaiman yang sebelum ini adalah Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS).
Kata Sulaiman, sebagai pemimpin yang mewakili etnik majoriti, iaitu Bajau, Salleh yang memimpin USBO telah menunjukkan semangat setiakawan dan meletakkan kepentingan UMNO mengatasi kepentingan diri dan etnik yang diwakilinya.
"Walau digugurkan sebagai sebagai calon pada pilihanraya umum 2008, namun Salleh tidak menyimpan sebarang dendam, sebaliknya telah menunjukkan kesungguhan memasyarakatkan UMNO dan memenangi kembali jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud," ujar Sulaiman yang tertarik dengan prinsip perjuangan Salleh yang menjadi salah satu sebab beliau meninggalkan PBS untuk bersatu di dalam UMNO.
Dengan kembalinya Salleh di dalam Badan Perhubungan UMNO Sabah dan pengekalan Musa sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Sulaiman yakin mereka akan berjaya menarik sokongan masyarakat Bajau dan etnik lain yang telah menyertai parti pembangkang menjelang pilihanraya lalu.


Dalam pada itu, Salleh ketika dihubungi Sabahkini.net menyifatkan perlantikan tersebut merupakan satu amanah yang perlu ditunaikannya, terutama dalam membantu memperkukuhkan Umno di negeri ini yang disifatkan oleh Najib sebagai "simpanan tetap" (fixed deposit) bagi Barisan Nasional (BN)."Saya berjanji untuk memberikan kerjasama penuh kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah sekarang, Datuk Seri Musa Aman. Sabah merupakan kubu kuat Umno dan BN...keadaan ini perlu dipertahankan," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud ketika diminta mengulas mengenai pelantikannya itu.Salleh yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Politik dari Universiti Simon Fraser, Canada dan Ijazah Master Sains dalam bidang Politik dan Kerajaan dari Universiti Putra Malaysia pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kota Belud, Sabah.
Salleh amat berpengalaman kerana pernah menjadi Ketua Menteri Sabah, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Menteri Kewangan Sabah dan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan Sabah.
Sebelum ini, Salleh pernah memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, Ahli Parlimen Kota Belud dan Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan.
Beliau berkahwin dengan Datin Seri Hajjah Raya Erom dan mempunyai empat orang anak iaitu Mohd Syarulnizam, Syazeera, Mohd Hafeez dan Syeera.

Last Updated on Saturday, 25 April 2009 11:29 - Sabahkini.net

Thursday, April 23, 2009

BERITA DARI KDN



Imigresen batal larangan ibu Mano ke M'sia
Jimadie Shah Othman Apr 23, 09 2:50pm(Malaysiakini)


Jabatan Imigresen Malaysia telah menarik balik arahan yang melarang ibu Manohara Odelia Pinot, isteri kerabat Kelantan, daripada memasuki negara ini.Dengan itu, Daisy Fajarina kini boleh masuk ke Malaysia untuk menemui anaknya di negara ini.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mahmood Adam (foto) berkata larangan terhadap Daisy Fajarina, ditarik balik berkuatkuasa Isnin lalu."Larangan itu telah ditarik balik. Kita telah maklumkan kepada pihak kedutaan. "Dan kedutaan kita akan memaklumkan kepada pihak sana (Indonesia)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Sebelum ini, dalam satu sidang akhbar di Jakarta pada Isnin lalu, Daisy mendakwa beliau ditegah masuk ke negara ini pada 19 Mac lalu.Daisy (foto) dilaporkan mendakwa, dimaklumkan oleh pegawai imigresen larangan itu dibuat atas permintaan istana Kelantan.Menurut Mahmood lagi, penarikan balik larangan itu dibuat atas arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN). "Kami (di) imigresen cuma menerima arahan sahaja. Jadi, Jabatan Imigresen (hanya) pelaksana. "Yang buat arahannya (tarik balik) adalah dari Kementerian (Dalam Negeri)," katanya ketika ditanya alasan larangan itu ditarik balik.Mahmood tidak mengulas lanjut apabila diminta mengenai punca larangan tersebut, kerana katanya, beliau sedang bermesyuarat.Duta Indonesia pertikaiDalam perkembangan berkaitan, duta besar Indonesia ke Malaysia dilaporkan mempertikaikan larangan terhadap Daisy. "Kita sudah menanyakan kepada keluarga kerajaan (istana) Kelantan. Saat ini kondisinya sehat-sehat saja, mereka sudah resmi dalam perkawinan."Tapi yang kita pertanyakan juga, kenapa ibu Manohara yang ingin bertemu dengan anaknya ditolak oleh mereka," Da'i Bachtiar dipetik berkata di Istana Merdeka, Jakarta hari ini.Menurut laman web berita terkenal Detik.com, kedutaan republik itu sudah mengirim surat rasmi kepada Kementerian Luar Malaysia untuk meminta penjelasan tetapi setakat ini belum ada jawapan. "Kerana masih beberapa hari (lalu) mengirimnya, belum ada jawaban," jelasnya lagi.Da'i mengakui memang agak sukar mengembalikan Manohara Odelia ke Indonesia sebab bekas model muda itu berkahwin dengan kerabat tersebut.Diminta mengulas isu penderaan, duta besar itu dipetik berkata: "Itu kan masih informasi yang belum kita lihat secara langsung. Upaya yang kita lakukan, kita berkomunikasi dengan Sultan Kelantan, ya katanya kondisinya baik-baik saja."

Tuesday, April 21, 2009

BERITA DARI SABAH

Permohonan Musa ketepi saman bekas KM ditolak
Apr 21, 09 3:41pm (Malaysiakini.com)

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak permohonan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (foto) dan tiga yang lain, untuk mengenepikan saman bekas Ketua Menteri, Tan Sri Chong Kah Kiat berhubung pembinaan patung Mazu di Kudat. Dalam keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman Yew Jen Kie berkata sama ada Chong atau Yayasan Amal Thean Hou Kudat, yang mana Chong sebagai pengerusi, mempunyai locus standi dalam saman itu, hanya boleh ditentukan menerusi bukti yang dikemukakan dalam perbicaraan itu. Peguam utama bagi para pemohon, Datuk Mohammad Shafee Abdullah memohon penggantungan prosiding bagi merayu untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi, lapor Bernama. Bagaimanapun, peguam Chong, Ansari Abdullah meminta permohonan itu ditolak dan meneruskan perbicaraan yang telah bermula sejak 12 Januari, sehingga mahkamah rayuan memihak kepada pemohon.Tetapi Mohammad Shafee menegaskan bahawa sekiranya perbicaraan diteruskan ia akan membazirkan masa dan wang dan oleh itu, meminta perbicaraan ditangguhkan sementara menunggu permohonan pemohon di mahkamah rayuan yang mendapat bantahan Yew.Pada 18 April, mahkamah mendengar permohonan untuk membatalkan permohonan Chong, Ketua Menteri Sabah ke-13 (2001) yang mendakwa bahawa Musa dan tiga yang lain, telah menyalahgunakan kuasa berhubung projek Mazu. Mereka (pemohon) membantah bahawa Chong tidak mempunyai locus standi dalam saman itu memandangkan Yayasan Amal Thean Hou Kudat tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan oleh itu tidak mempunyai kesahan untuk mencabar keputusan bagi menarik balik kebenaran yang diberi oleh Lembaga Bandar Kudat kepada yayasan, untuk membina patung Mazu setinggi 88 kaki.Mohammad Shafee mendesak supaya yayasan itu didaftarkan dengan ROS kerana ia merupakan keperluan yang ditetapkan undang-undang termasuk mendaftarkannya di bawah badan amanah swasta di mana Chong bertindak sebagai pemegang amanah dan bukan sebagai anggota. Menurut Ansari, tidak terdapat keperluan yang ditetapkan undang-undang bahawa seseorang itu perlu mendaftar badan amanah di bawah Akta Pemegang Amanah atau Ordinan Penggabungan Pemegang Amanah, kecuali mereka mahu berbuat demikian.

Monday, April 20, 2009

BERITA DARI SABAH



TAMPARULI PELOPORI TEKNOLOGI HIJAU?

Written by Sabahkini.net
Saturday, 18 April 2009 10:22
MINAT....Wilfred mendengar penuh minat penerangan Nasarullah.

KESUNGGUHAN Ahli Parlimen Tamparuli, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing menerokai bidang pertanian begitu terserlah dan memilih untuk menjayakan visi pengstrukturan semula Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi kepada nama baru Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air .
Sejajar dengan dasar Kerajaan menggalakkan penghasilan teknologi hijau, Wilfred telah memilih untuk turun ke ladang bersama rakyat Tamparuli dengan mempelopori penanaman Jatropha Curcas (Jarak Pagar) secara intensif dan berskala komersil.“Kita harus lebih serius mengusahakan projek yang berdaya maju seperti Jatropha ini kerana tidak memerlukan modal yang besar dan boleh dijalankan seisi keluarga tanpa melibatkan tenaga kerja asing,” kata Wilfred ketika merasmi Majlis Seminar Penanaman Jatropha Secara Komersil di Tenghilan baru-baru ini.Kata Wilfred, untuk berdaya maju, petani sara diri harus mempelbagaikan tanaman mereka termasuk tanaman komersil yang memberi hasil dalam masa yang singkat dan mempunyai pasaran hadapa yang cerah.“Kita tidak lagi boleh terlalu bergantung kepada kerajaan untuk mencipta peluang, sebaliknya kita sendiri menggunakan ruang dan peluang untuk bersaing secara sihat untuk menghasilkan pelbagai komoditi utama termasuk minyak Jatropha,” ujar Wilfred yang menggesa rakyat Tamparuli agar melupakan kegagalan projek mereka yang lalu dan menumpukan usaha untuk memajukan projek penanaman Jatropha ini secara serius.Masa untuk menghitung kesusahan, kata Wilfred kini telah berlalu dan tiba masanya bagi rakyat Tamparuli menceburi industri agropolitan secara glokal melalui penanaman Jatropha di tanah mereka yang terbiar kerana ia merupakan perusahan keluarga yang bersaiz komersil.“Dengan sumber minyak yang semakin berkurangan, keputusan kerajaan menubuhkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air merestui usaha kita menanam Jatropha sebagai persediaan untuk menghadapi krisis ekonomi dan minyak di masa hadapan,” ujar Wilfred di majlis yang dianjurkan bersama Persatuan Kontraktor Gugusan Sahabat (KOGUSA).


Penerokaan penanaman Jatropha yang dipakejkan dengan penghasilan baja organik yang dikeluarkan di kilang baja di Tuaran akan memberi pulangan yang menguntungkan kepada semua peserta.Tegas Wilfred, pihaknya telah menubuhkan Koperasi yang mempunyai lebih 1,000 ahli dan akan menjalinkan kerjasama bestari dengan KOGUSA untuk membuka Ladang Jatropha secara komersil dalam waktu yang terdekat melalui projek estet mini.Memandangkan Jatropha begitu mudah ditanam dan dikomersilkan, maka Wilfred yakin Tamparuli akan menjadi pembekal Jatropha utama dalam masa sepuluh tahun akan datang.Di majlis tersebut, Wilfred turut menyampaikan sepuluh pokok induk Jatropha kepada setiap peserta perintis yang akan memulakan projek sulung di tanah mereka sendiri sementara menunggu Tapak Semaian di Kampung Lepasan, Tamparuli mengeluarkan benih yang bermutu untuk tanaman secara komersil.Wilfred juga turut memberikan sebungkus baja organik kepada setiap peserta yang mendapat anak benih Jatropha melalui program satu desa satu industri.


Dalam pada itu, Presiden Kogusa, Nasarullah Dollah ketika berucap di majlis berkenaan memaklumkan bahawa pihaknya sedia membeli hasil dan menawarkan khidmat nasihat kepada peserta.“Kita akan membuka tapak semaian dan kilang di setiap daerah bagi memastikan petani memperolehi benih yang bermutu dan memproses segera hasil mereka,” ujar Nasarullah yang mempelawa para peserta melawat ladang Jatropha mereka di Kunak dan Pulau Sibatik.Nasarullah memuji komitmen Wilfred memajukan rakyat Tamparuli dan menyifatkan mereka beruntung kerana mempunyai pemimpin berjiwa rakyat seperti Wilfred.“Kesungguhan YB adalah modal paling besar untuk menjayakan projek ini,” kata Nasarullah yang mempelawa wakil rakyat lain mencontohi kepimpinan Wilfred yang meletakkan keutamaan kepada kepentingan dan masa hadapan rakyat.Kata Nasarullah, aman mengejar projek pembangunan sudah lama berlalu dan kini tiba masanya rakyat membuat projek besar mengikut kemampuan mereka sendiri seperti penanaman Jatropha yang akan memberi pulangan yang menguntungkan.

NEWS FROM SABAH

Sabah tour agents to explore China market
Published on: Sunday, April 19, 2009 Dailyexpress.

Kota Kinabalu: The Sabah Association of Tour and Travel Agents (Satta) plan to explore the China markets especially some of its popular tourist destinations like Guangxi, Guilin, Hunan, Changsha, Chengdu and Szechuan.
"We are currently planning an inspection tour of these places in three months time in order to establish a good rapport with our counterparts over there," he said new President Winston Liaw.
Touching on Sabah's tourism development, Winston noted that since the introduction of direct flights in 2000, Sabah had established its name in Guangzhou, Shanghai and other parts of China but not so much in places like Guangxi, Hunan and Szechuan.
He said in the current downturn, it would be a bonus if the State could have 20 per cent increase in tourist arrivals compared to last year.
He also suggested that the Immigration officers at the Kota Kinabalu International Airport (KKIA) be more cordial towards the tourists so as to give them a good first impression on Sabah which is one of the crucial factors in tourism promotion.
Satta has 60 members throughout the State. The other office bearer are Chan Kok Kong (vice chairman) Henry Yee (Secretary General) Mary Lai Nyuk Ken (Vice Secretary), Peter Liau Nyuk Phin (Treasurer) Michael Liau Yu Sang, William Chia Vui Liam, Grace Cheee Phui Mui (Committee for Kota Kinabalu), Liau Yee Kim (Committee for Sandakan) Tan Chee Hwa (Committee for Labuan) and Francis Chong Chong Soo Sang (Committee for Tawau).

Sunday, April 19, 2009

Berita dari KDN



SEMAKAN STATUS PERJALANAN INDIVIDU.

Sebagaimana yang saudara semua mungkin maklum, saya bertugas di Jabatan Imigresen Malaysia Sabah, di LTAKK Terminal 2, sewaktu bertugas kami sering berhadapan dengan situasi dimana penumpang yang hendak ke luar negara tidak dapat meneruskan perjalanannya kerana mempunyai masalah dengan status perjalanan mereka. Sebahagian besar mengetahui tentang status mereka dan malangnya ada sebahagian kecil tidak mengetahui tentang status mereka yang sebenar. Jadi apabila berhadapan dengan situasi ini, mereka kadang - kadang menyalahkan pihak Imgresen kerana menghalang pejalanan mereka. Di ruangan ini saya cuba untuk menerangkan seringkas mungkin keadaan yang sebenar.

Penumpang warga Malaysia yang ingin keluar negara adalah dinasihatkan supaya menyemak status perjalanan mereka sebelum membeli tiket ke destinasi luar negara. Ini kerana ada perkara - perkara tertentu yang boleh menyebabkan kita terhalang dari membuat perjalanan tersebut. Antaranya ialah apabila kita menghadapi masalah dengan jabatan tertentu yang kita sendiri tidak menyedari telah disenarai hitam dalam sistem Imigresen dan akibatnya kita tidak dapat membuat perjalanan ke luar negara. Sebagai contoh, kita pernah menjadi penjamin kepada saudara, kawan atau kita sendiri membuat pinjaman dengan mana - mana institusi kewangan. Apabila pinjaman tersebut menghadapi masalah, intitusi berkenaan akan membuat beberapa tindakan yang akan sampai kepada jabatan tertentu dan melanjutkan hal berkenaan ke Jabatan Imigresen untuk menyenarai hitamkan individu tersebut dalam sistem keselamatan Imigresen.

Terdapat pula situasi dimana penumpang sudah mengetahui keadaan berkenaan tetapi tidak mahu merujuk kepada Jabatan Imigresen tentang hal berkenaan. Ada pula yang telah menyelesaikan hutang dan mendapat perlepasan dari tanggungan dari Jabatan Insolvensi misalnya, tetapi tidak memaklumkan hal berkenaan kepada pejabat Imigresen yang terdekat, turut menghadapi masalah apabila hadir di pintu keluar. Mereka menyangka dengan hanya berpandu surat berkenaan mereka sudah boleh membuat perjalanan ke luar negara. Mereka menyalahkan kerajaan kerana beranggapan perkara tersebut akan selesai dengan sendirinya apabila mendapat surat berkenaan. Perkara yang sepatutnya dilakukan ialah, setelah mendapat surat berkenaan, beliau perlu ke pejabat imigresen berdekatan untuk menghantar sesalinan surat berkenaan dan disampaikan ke bahgian keselamatan Jabatan Imigresen untuk mengeluarkan nama beliau dari senarai. Peringatan juga kepada piminjan PTPTN, sila semak status anda sekarang sebelum membuat rancangan ke luar negara.

Dalam situasi lain juga, sekiranya kita ada masalah di mahkamah juga, kita juga berkemungkinan akan disekat dari membuat perjalanan keluar negara.

Jadi, untuk membantu dalam rancangan anda ke luar negara, pastikan ada menyemak status anda dan ahli rombongan anda supaya tidak menghadapi masalah ketika hendak berlepas. Saudara boleh menyemak dengan pergi ke link berikut:
http://www.imi.gov.my/semak.aspx atau
http://www.imi.gov.my/bm/im_Page1.asp.

Selain itu juga anda boleh menyemak status anda dengan menghantar sms seperti berikut:
Taip REQSSP dan diikuti no mykad anda dan hantar ke 0192772497.


Contoh: REQSS111111111111(Tanpa tanda sengkang).

Sila email saya: minda_jaya786@hotmail.com

Friday, April 17, 2009

News from Sabah

Published: Friday April 17, 2009 MYT 9:24:00 PM

Direct flights from S’pore to Tawau and Sandakan
By RUBEN SARIO (The Star Online)


KOTA KINABALU: Budget air carrier AirAsia and other airlines can begin operating direct flights between Singapore and the east coast Sabah towns of Sandakan and Tawau from June, Transport Minister Datuk Seri Ong Tee Keat said.
He said the development came following the successful conclusion landing rights talks between Malaysian and Singapore officials at the island republic on Tuesday.
The direct flights from Singapore is certain to boost the economy of these two towns, particularly the tourism sector, he said after a three-hour dialogue with Sabah Chinese community leaders at the Kian Kok Middle School here Friday.
Ong said the new air links was not only aimed at attracting more Singaporean visitors to Sabah but also foreign travellers on transit at the island republic.
He said it would be up to the respective airlines to determine the frequency of the flights they intend to mount between Singapore and the two towns known as the gateways to Sabah’s wildlife and diving havens.
Late last year, Ong had announced direct flights between Singapore and Kota Kinabalu, Miri and Kuching which have since been operated by AirAsia.
On the dialogue, Ong said various issues under the purview of the federal and Sabah governments were raised at the meeting including those involving education, social issues as well as matters affecting his ministry.
He said the Sabah Chinese community leaders also handed a memorandum containing wide-ranging concerns and issues to him at the meeting.
“We will study the memorandum and will seek the assistance of the relevant ministry to respond to the points raised there,” he said.
On the unpopular cabotage policy barring foreign shipping lines from operating domestic routes in the country, Ong said his ministry was prepared to submit a Cabinet paper on the matter.
He said the business community from Sandakan and Tawau had also highlighted to him their concerns over a move to make the Sepanggar port near here as a shipping hub where containers from the peninsula would be barged to the east coast towns.
This matter is within the absolute jurisdiction of the Sabah government but we view it with concern, Ong said.

Sudut Pandang

Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak
Mohamed Hanipa Maidin Fri Apr 17, 09 10:14:14 pm MYT(Harakahdaily)


Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?
Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.
Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.
Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.
Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:
Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.
Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah
Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.
Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.
Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.
Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:
1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.
3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.
5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.
6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.
7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.
8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.
Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.
Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.
Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.
Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.
Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.
Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.
Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.
Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.
Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.

Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- tajdid_

SABAH TOURISM EVENTS




16th Regatta Lepa Semporna Date : 18 - 19 April 2009



Semporna comes to life with the Bajau seafarers' colourful Regatta Lepa where a competition of the most beautiful traditional sailboats is held. Witness telematches such as the boat tug-of-war, kayak racing and boat racing. The town of Semporna is also home to fresh seafood and the gateway to the world's best dive sites.

News from Sabah

Special focus to boost the three main sectors
Published on: Friday, April 17, 2009

Kota Kinabalu: Special focus will be given to boost the capability of Sabah's three main economic sectors - manufacturing, agriculture and tourism - in the face of the sluggish global economy, said Head of State Tun Ahmadshah Abdullah.
He said the gloomy global economy has made it difficult to predict the impact of the crisis and as far as Sabah is concerned, the impact is yet to be felt due to the "lagged effect", as experienced in previous crises.
He pointed out that the State's trade balance from January until November 2008 continued to show a favourable value of RM17.2 billion compared to the corresponding period in 2007.
However, the growth of imports and exports had begun to slide in November last year with import value dropping by 23 per cent and export slid by seven per cent.
Delivering the State Government's policy speech in conjunction with the official opening of the 13th State Legislative Assembly's second term here Thursday, Ahmadshah said as with other countries an insignificant growth in private investments and usage is expected with investors adopting a wait-and-see attitude.
But, he was confident the many incentives and assistance introduced under the second economic stimulus package worth RM60 billion would be able to boost the confidence of private investors.
"Public investments will play an important role and act as catalyst to the State's economic growth this year," he said.
The special emphasis to be given to the three major economic development sectors, which were expected to continue to be Sabah's main income earner this year, he said, was also in line with the National Mission to intensify the on-going programmes under the Ninth Malaysia Plan (9MP).
He said the implementation of the final phase of the 9MP was being challenged by uncertainties in the global economy.
In the agriculture sector, Ahmadshah said the State Government guided by the Sabah Second Agriculture Policy, National Third Agriculture Policy and Sabah Development Corridor (SDC) was confident of meeting the target of self-sufficiency, particularly with the abundance of land and sea resources that are yet to be fully exploited.
Under the SDC, commercial scale livestock centres would be established in Keningau for dairy cows, Nabawan for meat and Agropolitan Project - dairy cows in Kota Belud.
He said the Fisheries Department would continue to discharge its responsibility to ensure sustainable harvesting of marine resources for food. He noted that the Federal Government had, under the 9MP, allocated RM84 million to the agriculture sector this year.
In the tourism sector, he said the sluggish world economy had resulted in a drop in revenue from RM4.62 billion in 2007 to RM4.09 billion last year.
In this respect, he said the State Government would ensure that the sector remains as Sabah's main income earner through quality management and development of tourism products, human capital development, marketing, efficient and integrated logistic networking as well as proper infrastructure.
"The State Government through strategic partnership with the private sector will take integrated action to ensure adequate five-star accommodation," he said, adding that commitment from all quarters was also needed to create a clean environment and people-friendly basic amenities.
Ahmadshah said the manufacturing sector in Sabah expected to see a slight growth reduction in 2009 and 2010 due to the investors being more cautious and this was already being felt with only 11 applications to set up factories received in the first three months this year compared to 17 in the same period last year.
However, he was confident that special focuses through the programmes and development projects for the sector under the 9MP and SDC for the 2009-2010 period would be able to stimulate continuous economic development.
He said the State Government must reciprocate the strong commitment of the Federal Government to develop Sabah by doubling efforts to implement all development plans effectively and efficiently.
He said notable positive impacts on the various sectors in Sabah are expected following measures introduced in the 2009 State Budget, funding from the Federal Government for the SDC as well as the RM1 billion special allocation and RM60 billion economic stimulus package.
"I am confident the State Government will continue to bring prosperity and improvement to the people's living quality, especially in rural areas often associated with poverty.
"This is also proven when the State Government allocated RM50 million in January this year to help out palm oil smallholders deal with the commodity's price drop," he said.
Ahmadshah commended the State Government under the leadership of Chief Minister Datuk Seri Musa Aman who is also Finance Minister for successfully strengthening the State's financial position.
Last year, he said the State Government chalked a revenue collection of RM3.34 billion and was able to galvanise the State's reserves.
"This achievement is a manifestation of the State Government's effort in carrying out the duty entrusted to it to bring progress for the benefit of the people," he said.
In this respect, he urged the Bumiputera to participate actively in the business and industrial sectors that are competitive and resilient in order to wade through the global market and gloomy economy.
Ahmadshah also called for the galvanisation of social development programmes in order to strengthen the family institution and boost community participation.
He said the Government would work together with the NGOs and private sector in the implementation of social development programmes with the aim to foster a caring society and spur integration as well as unity.
He acknowledged that the Government needs to step up efforts to provide support and more attention to children, orphans, people with disability, single mothers or senior citizens through special programmes and facilities so that they can live a normal life.
And at the same time, steps to provide people from across the board comfortable, quality and affordable homes especially the lower income group.
In this instance, he said the private sector is encouraged to build more medium-cost houses while the public sector focuses on low-cost houses for the needy in the urban, outskirts and rural areas in a bid to eliminate squatter settlements.
He said the State Government's initiative to develop the Sandakan Education Hub was in support of human capital development and it was a positive step to bolster the training institutions in the State.
He added the Government must also take continuous steps to address the impact of the economic recession at an early stage to prevent workers from losing jobs and an increase in the unemployment rate.
Ahmadshah said the State Government would continue to be committed to environment and natural resource conservation.
Wide usage of the Environment Planning Instrument such as the Strategic Environmental Assessment would continue to be encouraged, he said, adding the instrument was imperative not only in ensuring optimum usage of natural resources but also improve awareness among the people on the preservation of the environment.
Similarly, he said the State Government had been implementing the Sustainable Forest Management policy since 1989 and its next goal was to assure the role of forest as the State's thrust of economy.
In the empowering of the State civil service, Ahmadshah was glad that the One Stop Agency chaired by the State Secretary Datuk Sukarti Wakiman had been effective in expediting all administrative needs as far as the State's development is concerned.
"The transformation of the State civil service to improve professionalism and its image needs to be continuously assessed and reviewed to ensure the efficacy of the government delivery system," he said.
As for regional development, he said the State Government would continue to support the Brunei, Indonesia, Malaysia, Philippines-East Asian Growth Area (Bimp-Eaga) due to its importance in terms of regional security and promotion of regional and international trade.
In conclusion, the Head of State hoped the global economy would improve as Sabah enters the 10th Malaysia Plan in two years from now.
"In the meantime, we must work hard and be committed to ensure all the planned projects can be implemented effectively and smoothly for the sake of the people," he said.
He also took the opportunity to congratulate Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak for his appointment as the sixth Prime Minister.
Ahmadshah also congratulated the appointment of several Sabah natives to the Federal Cabinet, which he hoped not only strengthened the new Cabinet line-up but more importantly directly benefit Sabah, especially in realising the development initiative for the people.
He was confident the Malaysia, in general, and Sabah, especially, would achieve greater heights under the new Federal leadership, particularly with the propagation of the "1Malaysia, People First" concept.
The State Assembly sitting will resume on Monday.

News from Sabah

Be dedicated, Musa tells civil service
Published on: Friday, April 17, 2009

Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman called for continuous commitment and dedication from the Federal and State civil services so that the government policies and development programmes can be implemented successfully.
"We acknowledge that the success of the implementation of policies and development programmes depend much on the creativity and innovative of the civil service in providing quality delivery system," he said.
Speaking at the State Banquet in conjunction with the opening of the 13th State Legislative Assembly second term sittings here Thursday, he registered his gratitude to the public service for their excellent service in assisting the State Government to effectively realise its development programmes.
At the same time, he hoped the smart partnership between the public and private sector to remain at a good level so that the economic and social development of the State could be done proactively and holistically.
"I believe such good cooperation will be able to boost the confidence of foreign and local investors on the prospect and State's economic fundamental in competing at the domestic and global level," Musa, who is also Finance Minister said.
Musa, who is also Sabah Barisan Nasional chairman, urged all the State assemblymen to make full use of the assembly sittings by involving themselves actively not only in the debate but more importantly represent the voices of the grassroots.
"This is to ensure that the quality of debate in the sittings reflect our commitment and sincerity to prioritise the people and development in our respective constituencies," he said.

News from Sabah



Airport chemical scare
Published on: Friday, April 17, 2009

Kota Kinabalu: FIREMEN had to be called in when an unlabelled bottle containing suspected chemical broke and emitted a foul odour, alarming workers at the Kota Kinabalu International Airport (KKIA) Terminal 2, late Thursday.
Sabah Fire Operations Officer (Training Division), Nor Arrifin Kamari, said they received a distress call at 6.29pm from airport staff about the odour which caused much anxiety among airport users as well as staff.
A special unit was sent there and found a bag inside the toilet, he said, adding one of 10 bottles in the bag had broken. A Customs officer said the bag has yet to reach their section.
It was learnt that the owner of the bag had flown in from Macau on an AirAsia flight and AirAsia staff had followed the owner who had hastened with the bag into the toilet. However, they could not locate the man.
Firemen, with gas masks on, took about an hour to clear the area, placing the bottles inside a big yellow container (pic) before whisking it away on their truck.

Survey untuk Kakitangan Kerajaan

Undian untuk melihat pandangan rakyat.

2 hari yang lalu saya telah membuat poll di blog ini bagi melihat secara kasar pandangan rakyat khususnya kaktangan kerajaan terhadap situasi ekonomi yan melanda negara kita. Poll ini bertajuk, "Mana satukah dari pilihan jawapan berikut adalah lankah yang di fikirkan sesuai untuk diambil oleh kerajaan dalam membantu rakyat? Kepada rakan - rakan semua,di harap dapat meambil bahagian dalam undian ini. Tempoh pengundian ini akan dilanjutkan selama semingu lagi. Sekian dan terima kasih.

Thursday, April 16, 2009

News from Kota Kinabalu

Double deaths mystery
Published on: Thursday, April 16, 2009

Kota Kinabalu: Double murder? Two men, believed to be foreigners, died at the Queen Elizabeth Hospital (QEH) from serious stab wounds shortly after they were found bleeding at Bandaran Berjaya, here, Wednesday.
Police have yet to determine how the victims, whose identities have yet to be established, ended up like that or if they knew each other.
City Police Chief ACP Ahmad Sofi Zakaria, who was at the scene, said police could not determine immediately if the victims were involved in a fight with each another or with another group, adding they received a call from the public at about 4.55pm.
He urged those who have any information pertaining to the case to contact the police immediately to help in the investigations, which have been framed under Section 302 of the Penal Code for murder.
It was learnt that the first victim, aged around 20, was found on the five-foot way of a restaurant, near a fast food outlet in the area, at about 4.30pm.
The second victim, also about the same age, was found about 10 feet from a bus stop adjacent to the Shangri-La Hotel.
A bus driver, who identified himself as Andy, 21, claimed he had just pulled over not far from the bus stop to wait for passengers when policemen sought his help to rush over to Bandaran Berjaya proper to pick up a seriously injured man.
He immediately drove to the spot where the first victim was and with the help of passers-by carried him into the bus.
The bus driver subsequently stopped at the bus stop to pick up the second victim before sending both to the QEH.
It was learnt that they arrived at the hospital at about 5.20pm and the second victim succumbed to his injuries first.
Hordes of police personnel immediately cordoned off the crime scene, with the forensics and K9 units also called in.
Also present were State Deputy CID Chief, ACP Ahmad Lotfi Khalid, State D9 Staff Officer, Supt Haji Khalil and City CID Chief, Ahmad Asri Jamaluddin.